Thursday, December 29, 2011

move on.

I got hurt.

Really hurt.

And sometimes when it happen,something inside me shut off.


keep hoping!
one day,maybe we'll meet again. (^_^)v

Saturday, December 10, 2011

hello

aku merupakan pelajar semester akhir.jika sesiapa yang mengambil course yang same seperti aku pasti mereka sekarang tgh berbaring menghadap laptop bagi mengikuti rancangan ulangan master chef diatas tilam yang empuk sambil mengunyah keropak sira lemau yang telah luput tarikhnya.

jika hendak dibandingkan semester ini dan semester lepas,semester lepas,aku hendak wish good morning sunshine kat apek rumah sebelah pun tak sempat der!anjing die goyang-goyang ekor pon aku pandang sebelah mate. punye lah workaholic.

namun tidak kini.aku sangat lepak..al maklumlah kelas sekali seminggu.ada sesiapa yang ingin hire aku untuk menjadi bos mereka tak?kalau tiada, aku rase ade baeknya aku derma diri ku yang jelita ini di muzium patung lilin saja.

oh ya,baru-aku ini kita digemparkan dgn tayangan filem ombak rindu.oh yeah.
sebagai romance novel freak,expectation aku terhadap filem ini sgt tinggi.

beli tiket DUA hari awal oke!
dapat seat pon best-best je.masuk panggung pun 15 minit awal..menangis hiba emak melihat kesungguhanku ini.

sepanjang dua jam didlm panggung,aku dihidangkan dgn scene2 yang sedih,romantik dan separa porn.tak cukup dgn itu,pasangan couple sebelah aku pon sibuk nak bercinta same!bergegar2 seat aku dibuatnya.hello,go get a room lah weh.

menurut pemerhatian aku,cerita ini hanya dapat 5/10.

c'mon,malaysia film producer..impress me lah!

u can do it..hungga-hungga!

sebagai rakyat malaysia yang berjiwa sastera,aku sentiasa menyokong industri seni tanah air..what?





Wednesday, September 21, 2011

assalamualaikum.

salam perantauan.
sejak akhir-akhir ini byk betul perkara yg terpaksa aku galas.sekejap ke situ sekejap ke sini.buat itu buat ini sehingga terlupa dgn tanggungjawab sosial utk membawa insan-insan yg kurang ilmu fekah datang melalaikan diri di blog yang penuh informasi ini.ramai yang berpusu-pusu datang menziarah di blog yang boleh dianggap seangkatan dgn gerbang student portal ini walaupun aku jarang mengemaskini.

pagi ini saja aku terpaksa bangun awal gara-gara farah adilah atau nama kpopnya si tompok meminta aku menterbalikkan telur gorengnya di dlm kuali.

cis!sengaja hendak menyuruh aku mencarut di subuh hari.

********
semester ini kami dikehendaki mengambil satu subject yang di gelar

ENTREPRENEURSHIP!!!perrrskkk..pommm.*effect mercun bunga*

subject ini begitu mencabar pada aku yang kurang ilmu usahawan di dada walaupun gemar meniaga secara haram di kolej suatu ketika dahulu.

selain subjek ini,ade jugak subject-subject lain seperti event,flash,comm ,video dan marketing.group aku terdiri daripada empat org sahaja.dan setiap subject kami stick bersama. memandangkan kami tidak gemar melakukan diskusi kumpulan yang sering melambatkan proses kelancaran assignment dan berpotensi berlaku pencakaran diantara ahli kumpulan, dgn penuh kepintaran kami telah mengagihkan kerja group utk dibuat secara individu oleh setiap ahli kumpulan.

aku dapat subject entrepreneurship kerana sahabat aku kate aku ade ciri-ciri seorang entrepreneur..err..apakah?

pang pung pang.

assignment yang selame satu semester aku kepam akhirnya siap dalam mase 2 hari sahaja.

hari presentation pun tiba.masing-masing bersiap mcm nak pergi interview syarikat korporat di ibu kota.

malangnya,kami hanya perlu present di dlm lecturer room sahaja.

mmg aku gemar pakai baju kemeja tuck-in dlm bilik pensyarah weh!

sesi presentation berjalan dgn lancar sehinggalah sampai ke bahagian graph yang menunjukkan syarikat yang aku tubuh rupa-rupanya muflis dan menanggung byk hutang..bingo!

terkelip-kelip mcm lampu neon mata meminta moral support dari rakan-rakan seperjuang.
mujurlah masing-masing perpengalaman luas dlm arena menggebang dan mempunyai kepakaran dalam menggoreng idea.

goreng punya goreng akhirnya report kami diterima tanpa perlu dibuat semula..yay!

nervous presentation entrepreneurship kalah nervous nak mintak couple.

great,presentation entrepreneurship berjaya buat aku terdiam depan lecturer selama 6 saat.

terima kasih ya allah, present dlm lecturer room.tidak mampu daku bayangkan kalau the whole class nampak aku tergagap-gagap waktu itu . fuh, on the spot beli tiket air asia pergi korea buat plastic surgery.

wrap for part 5..yaribbba!

Monday, August 1, 2011

so long.

i miss the talks we used to have

i miss the voice i used to hear

i miss hearing your crazy but cool stories
and above all these

i just miss u. (>_<)v

al-fatihah.

Monday, July 18, 2011

rewind.back in 2001-2003.

apa khabar org kajang-bangi sekalian?

hari ini seawal pukul 6 pagi emak telah mengejut aku utk menghantarnya ke sekolah. sebagai anak yg berpotensi besar utk dicalonkan dlm program realiti ustazah pilihan,aku turut kan saja.

dipertengahan jalan,aku meminta bonda membuka radio.
tetapi gara-gara malas nak bergerak, emak enggan menuruti perintah ku.

sentap.

akhirnya aku sendiri menekan punat radio lalu menukar siaran suria fm.

tiba-tiba bonda bersuara" mak pagi-pagi biasa dgr yassin ."

panggg! wahidah sila gantung diri sekarang.

sejurus selepas meninggalkan emak di perkarangan sekolah,aku terus memandang meter minyak yg masih penuh. niat hati ingin pergi drive thru mcD,malangnya nadia telah songlap wang aku sejak dari awal pagi lagi.

cisdale,tangkas sungguh beliau bertindak.

lalu dgn hati terluka aku pulang semula ke sarang..sob-sob.

sampai dirumah,terus bukak facebook.chatting dgn geng lama.oh ya,sangat lama.

berbalik pada tahun 2001-2003.

tahun itu aku mula mempunyai kawan yang masing-masing perangai mcm seth tan.
we're very close friend.

introducing you..tada!
mereka berdua ini lah antara insan-insan yang kenal aku sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
yang tgh-tgh ini namanya farahanim tapi biasa dipanggil farah..aku rase aku je gigih sebut name faranim dari dulu baru rase istimewa sikit.yang lagi sorang,namenye ainun raihan.

to be frank,mereka sgt pandai.kami satu sekolah tapi lain kelas.mereka kelas pertama jadi selalu dapat nombor hujung.ahaha.sgt pandai!
aku kelas kedua,tapi selalu dapat nombor top 3.jadi boleh diklasifikasi sebagai sedarjat.tuee diaaa..tak nak kalah!



kami tinggal di satu tempat yg dipanggil RUMAH GURU iaitu rumah yg di provide oleh goverment. disitu lah bermula bibit-bibit hubungan percintaan luar tabi'i kami.

seperti yang pernah aku cerita sebelum ini,aku gemar keluar main tgh-tgh hari buta.jadi tempat transit aku biasanya rumah mereka..tapi aku lebih kerap dirumah ainun sbb bonda nya provide ice-cream.ahah.sementara tunggu petang,kami tgk tv dulu takpon lepak main buaian kat rumah jiran.sgt tak tahu malu okey!

sudah menjadi routine bagi kami utk bermain satu permainan ini yg dipanggil rounders.biasanya kami main sesame perempuan tapi kadang-kala kitorang maen dgn budak lelaki.sumpah mereka tak bagi can langsung pada kami yang lemah gemalai ini.sungguh tiada sifat gentleman dalam diri.sekali mereka ada peluang maen,jgn berani kau bermimpi utk menang.sekali diorang libas bola, boleh ke dalam semak perginya.mmg kalah hilang maruah dikerjakan..depress.

biasanya kemana-mana kami pergi pasti bersama.tapi kalau salah seorang tiada..
siaplah!habis di jaja cerita fitnah.


see.bak kate pepatah org muka baby face mcm aku selalu dilempar kata-kata tohmahan.

mereka juga insan yg bertanggung jawab menghasilkan parut2 kekal di kaki aku yg mulus ini.asal main tak pernah tak tergolek sana-sini.

kalau sehari tak keluar rumah mmg penyakit keturunan lah tuh.
balik rumah lewat siaplah..kau tgu je ayah aku naik angin..pergh, bergegar atap-atap kat rumah guru tue der! tapi kalau aku tgk arwah encik jamel syok memborak dgn member die kat luar rumah...makin extend lah duration utk aku berjimba.

kalau time birthday pulak,waktu tuh la,khidmat dorang diperlukan.kitorang sanggup pergi dari satu ke satu rumah jiran utk jemput anak2 dorang pergi birthday party.kalau nak beli hadiah,kami gemar ke kedai yg diberi nama WAWASAN.dorang mesti bawak aku sekali tapi x beri aku tgk hadiah..apadahal??
lagaknya mcm nak beri aku samsung galaxy tab saja.namun aku tabahkan hati,menunggu hadiah diberi.elok sahaja sampul hadiah dibuka..Huwaaa..Frame Gambar je rupenya..pek!
tetapi memandangkan korang dah beli dgn bersusah payah aku redhai segalanya.aku pon pamerkan senyum plastik.aha,memilih!sekarang apa pon tak dapat. semua main wish kat facebook jer.dah berkurun tak celebrate.*sigh*

empat dari kiri:ainun.
tiga dari kanan :farahanim.
aku yg bercangkung tiga dari kanan.
waktu nih darjah lima kitorang camping kat gunung senyum yg seram.

dulu kitorang mmg active satu macam.semua perkhemahan nak di join nye.memang berbeza gila aku dulu dgn sekarang.

zaman sekolah rendah mmg zaman kegemilangan aku .serius.

tolong lah percaya yang aku pernah jadi pengerusi tunas puteri..tolong lah percayaa!!!*begging*huwaa..aku pun tak percaya dgn kebolehan diri sendiri.aku cerita kat housemates aku yg aku pernah dapat johan pertandingan bercerita peringkat zon waktu kat pahang pun mereka pergi libas bantal ke muka aku yang innocent ini ..grrr~

kepada ainun dan farahanim ,
"kalian lebih tahu bukan apa yang hak dan apa yang batil..tolong lah buktikan pada dunia yang aku ini sgt berguna suatu ketika dahulu..sobs."


semua mende kami buwat mesti bersama sampai result upsr pun same..tpi upsr je lah..masuk pmr and spm mmg tak lah kan.mereka bertahan..aku dah kecundang.ahah

masuk sekolah menengah kami dapat sekolah berasrama yang di beri name seri..mmg berseri-seri lah awal masuk tuh..pastu start 2-3 hari aku dah panas enjin melalak hendak pulang ke pangkuan keluarga..aku seret ainun dgn farahanim..masing-masing hati tak kental..tapi bertahan jugalah aku setahun kat situ lepas tuh aku cau pindah tempat lain. ainun bertahan kat situ sampai form 5 manakala farahanim berpindah ke tunku kurshiah waktu form 4 tetapi kembali semula ke sekolah seri setelah membuat kenyataan yang cikgu di sekolah barunya umpama singa lapar.mana lah x jadi singa kalau dpt student yang kuat berhibernasi mcm kau!

aku syak farahanim dan ainun mmg tak boleh dipisahkan..mereka sama2 belajar di upm n major in mathematic..fuh,kirim salam awal-awal lah weh gua nak join.baek aku duduk diam-diam dalam course aku yg indah ini.

mmg dari sekolah rendah aku tau yg mereka berdua nih mantap subject kira-kira.
kalau dorang dapat A...aku dapat C..
kalau dorang dapat A..aku dapat C-
kalau dorang dapat A..aku dapat D.
okey cukup..makin panjang aku cakap makin cemerlang pencapaian matematik aku.

tapi upsr aku dapat A wa cakap lu ..miracle kan?


aku cau dari rumah guru waktu form 1.sedih juga.tapi ainun menangis..pergh,mcm mati laki!! byk sgt lah tue dosa silam beliau dgn aku.

ahhh!.how good its feels.the hand of an old friend.
miss u guys. miss our ol' time together.

p/s: sorry for the immature behaviour once*mengumpat thingy*.my bad.

love,whyda.*amacam tangkap leleh tak?*




Sunday, July 10, 2011

vote for masscom MT's~


mane nak dapat member jadi wakil rakyat?

kalau pilihanraya kali nih dapat air kotak free ,insyaallahhhhh, aku datang. err?!

*mye nih bagus budak nye* (-_-)''

Thursday, June 30, 2011

hello.

hari ini kelas aku start pukul 4.30 petang tetapi seawal 7.30 pagi aku telah bangun gara-gara seekor lipas durhaka.

kisah bermula disuatu pagi yang seram.aku dikejutkan dgn suara halus anak mami yang tiba-tiba menjerit nyaring.duh, sendiri mau igtlah kalau suara org utara menjerit bagaimane stailnya..kebas telinga.

pada mulanya aku ingin menyambung semula tidur yang tergendala gara-gara jeritan mistik faten hana.tetapi memandangkan beliau merupakan bekas roomate aku sewaktu kami tinggal di kolej dulu,aku gagahkan juga diri dlm aktiviti membanteras serangga perosak itu tadi.serangga ini pun satu hal..nak keluar pagi-pagi buta..mmg mengundang angkara.

dengan nilai-nilai ukhwah yg telah diterapkan sejak zaman kanak-kanak lagi,aku mengambil ridsect utk dijadikan sandaran dlm pergelutan ini.rakan-rakan seperjuang yang lain turut tampil memberikan kata-kata semangat kepada faten hana yang telah terperangkap bersama lipas didalam bilik air.

nan cheese!!
semua pas pada aku suruh jadi pussy cat doll selamatkan faten hana.apakah mereka lupa yang kucing pun aku takut apatah lagi lipas... gila mental disorder.

mereka semua gigih pujuk faten hana utk keluar dari bilik air tetapi tiada siapa yang ingin memujuk aku yg terpaksa berhadapan dgn lipas.cis!tidakkah mereka nampak tanggungjawab berat yang sedang aku galas ini ?waktu join perkhemahan tunas puteri di hutan simpan pun tak segetir ini.

pang pung pang .

fuh setel.

lipas mati. faten disahkan selamat.

tapi aku berani bet,komfem rosak saraf lipas dgr faten menjerit..lullaby.

***
dulu zaman-zaman aku masih lagi sekolah asrama asal ada subjek yang aku tak siap homework, automatik aku lesap.tak rela aku membiarkan diri ini menjadi mangsa abusing oleh tenaga pengajar yang umpama singa lapar.sampai ada yang suruh mak aku beri aku pil pintar..duh..rosak!

memandangkan hampir tiap-tiap hari tak siap kerja rumah,tiap-tiap hari jugalah aku tak masuk kelas .kebiasaannya aku akan lepak kat kelas sebelah takpun mengintai minah rempit dating belakang blok..dapat tonton wayang percuma.agak-agak tayangan yang memerlukan parental guide.. aku boleh tolong sergah.kitorang mmg suke spoil kan mood pasangan yang sedang bermadu kasih.tapi kadang-kadang kalau rajin, kitorang tolong dendangkan lagu jamal abdillah utk naik kan mood romantik.siap buat medley lagi.

aku baru nak mula intro

"bila kekasih..
mengingkap tabir cinta..
tiada terbatas..
dengan kata-kata..''..

terus dorang lari tak cukup tanah..ape teruk sgt ke aku nyanyi?

kecik hati gua!



pengalaman mendewasakan kita.sekarang susah nak ponteng,sume maen sign attendant.kini aku stuck dalam kelas flash kene belajar create website sendiri.semput otak.dari create website sendiri adalah lebih bagus aku bukak website yang telah di create oleh mark zuckerberg.

bukak-bukak je facebook ajak member sebelah pergi makan .

itulah gunanya networking website..

connecting people.




tata.

Thursday, June 23, 2011

kembali rangup~

hiyya.wasap nigga?

pepatah ada mengatakan

"menuntut ilmu biarlah hingga ke negeri china"

malangnya.. melaka yang ikut highway hanya 1 jam ini pon dah boleh buwat hidup yang aku lewati semakin lemau dari hari ke hari.

setiap pagi aku bangun dan berfikir..

apa yang aku patut buwat hari ini?

apa yang aku dah berjaya hasilkan sepanjang dua dekad aku di atas bumi yang fana ini?

apa sumbangan aku dalam era globalisasi ini?

adakah aku dah cukup berkhidmat utk negara?

memikirkan semua ini membuwatkan masalah resdung semakin menjadi-jadi.

jadi aku utarakan masalah ini kepada sahabat handai yang masih tidur dikala matahari sudah 180 darjah atas kepala.kebahangan rumah kian terasa ditambah pula dgn segenap isi rumah yg rata-ratanya kurang ilmu ukhrawi didada.


rakan-rakan ku kejut satu persatu.masing-masing liat seperti lempung.

mujur salah seorang darinya sanggup menjawab walaupun dibawah separa sedar serta pipi dilingkari air liur basi yang berjaya di hasilkan sepanjang malam.

jawapan ikhlas yang di perolehi

"aku rase engkau patut makan sekarang"

oh.oke.

maka dengan berbekalkan pengalaman makan tanpa henti selama 5 jam lamanya..kami segera bertolak seawal 10 pagi menuju ke bandaraya utk menjamu selera di sebuah pusat membeli belah yang menjadi kebanggaan siswa-siswi uitm,lendu,melaka.




"as a child my family consisted of two choices: take it or leave it."

eh,stupid girl..just take it lah!

Sunday, June 12, 2011

nice guy finish last~

hellooo everibadeh how ya doing?


did u watch nora elena?

what..?

u did?

aku pun.

cerita ini merupakan salah satu drama melayu yang yang berjaya memperdaya anak-anak gadis atas 18 tahun dan juga wanita lanjut usia utk duduk menepek di depan kaca televisyen setiap hari isnin hingga khamis pada pukul 7 mlm sampai lalai dgn tanggung jawab dalam rumah tangga.


aku salah seorang mangsanya.setengah jam sebelum cerita start ,segenap isi rumah sewa stand by depan tv.malangnya saluran tv 3 kami signal tak clear namun kami tidak berputus asa.dapat dgr suara seth tan pon sudah memandai. masing-masing pakat cair tgk seth punya muka inesen.

tapi itu drama.dalam real life tiada mende tahyul ini.

duniawi belaka.

tapi mcm dah jadi kebiasaan pula wanita lebih teruja dgn lelaki yg stok kurang budiman.sehinggakan yang ready made budiman rasa tersisih dan tidak bermakna lalu berubah mengikut kehendak gadis-gadis.tapi bila dah jadi kurang budiman,gadis-gadis rasa tak dihargai pula.mungkin sebab gadis ialah ununderstable creature kot.
kepada jejaka budiman..lu stay tuned jer.dorang tak kemana nya.

Tuesday, May 10, 2011

belon merah~

umur 29 tahun tapi...

oke,please dont grow up!

abang belon, wahida falling for you since zillion years ago,you know?

Wednesday, May 4, 2011

cuti-cuti malaysia

baru-baru ini kelas aku telah mengadakan open table di bandaraya bersejarah.kami semua dikehendaki utk menghadirkan diri sejurus selesai menjawab paper final for publishing. sebagai assistant klas rep yang gila kuasa jauh sekali bertanggung jawab, kehadiran aku amat dinanti-nantikan oleh segenap ahli kelas.

sebagai orang terakhir tiba di tempat kejadian *otai*, kami diberi pilihan samada makan chicken chop mushroom ataupon chicken chop black pepper.

er,ikan bakar can ah?

selesai sahaja sesi makan besar itu tadi,kami mula membawa haluan masing-masing.ada yg terus pulang,ada yg berkaroake, ada juga yg pergi konsert justin bieber.

berlainan dengan kami ,tanpa disengaja kami telah membuat lawatan sambil belajar ke sebuah kampung yg begitu bersinar-sinar ditengah kota melaka.

kampung ini diberi nama Kg Morten.



Monday, April 18, 2011

grrr~

wahidah, do not lose control oke?

chill ..fuh.

tapi die dah buwat aku cair sampai ke lantai nih..sob-sob~

awak, can you just stop being so adorable? sebab i love you.

instead, please leave me with your smile, the smile that made me fall in love with you.

romantic enough atau mungkin aku dah terlebih buwat revision novel cinta?

atau mungkin juga aku perlu lebihkan babak air mata?

oke. jgn suruh aku buwat.

where oh where oh, can my baby be?



Definitely one of the saddest songs ever.

Saturday, April 16, 2011

antara melaka dan jepun

biasanya pada malam hari,aku dan rakan-rakan akan lepak di mamak utk menjamu roti canai cheese yakni merupakan salah satu alternatif utk menjimatkan perbelanjaan sehari-hari.ya.kehidupan aku sgt daif di uitm*dear mak,sila baca*.

sehinggalah di suatu malam yg hening,ketika aku sedang enak berbungkus di dalam toto sambil melayan novel cinta yg tajuknya-saya-sendiri-segan-nak-sebut ,tiba-tiba rakan-rakan aku menggelupur di depan laptop.ini luar biasa.mereka hanya akan berkeadaan begitu jika sedang menonton topshow korea atau ketika stalk jejaka rupawan di laman sosial facebook.u know lah typical malay girl macam kami nih~


cisdale!

google makanan! patutlah mata masing-masing macam kena tabur dengan gold dust!
selepas ini,aku mungkin perlu lebih tegas memonitor kegiatan ini.

adakah anda tahu selain lelaki budiman yang baik hati, aku jugak amat melting jika di dedahkan dgn makanan-makanan japan..silap-silap haribulan aku boleh pergi ke youtube belajar 'how to make your homemade sushi'.

lantas, bagi mengenang kembali peristiwa silam tsunami yang melanda jepun..aku dan rakan-rakan sebulat suara mencapai kata sepakat utk menjamu selera di sebuah japanese food restaurant yg terletak di bandaraya bersejarah .*come again.dear mak,anda digalakkan supaya tidak membaca*.


usai sahaja makan, kami pon merayau disekitar Afamosa.

setiapkali kena buwat alamat,aku seringkali lupa poskod..then aku akan tulis poskod kajang saja walaupun alamatnya melaka.

aku memang gemar memberi nafas baru utk di pose di hadapan kamera tetapi mereka selalu membuatkan ia tampak double meaning.


sedang kami berjalan-jalan di sekitar taman,tiba-tiba kami nampak train ini..ia mengingatkan kami pada model booklet for publication subject kawan kami.mereka pose sebegini.
then,we try to make it macam parody but then..huwaaa..tersilap kereta api!
oke.setel.pegi baca buku utk finale.

Saturday, April 9, 2011

tea anyone?


minum lah Ahmad tea..baik utk kesihatan.ada gaya promoter tak?

makan hati.

dulu aku pernah janji pada diri sendiri,aku taknak cari pasal dengan org.so aku kawal perangai.aku kawal kata-kata.aku belajar utk mengawal kestabilan emosi sebab aku taknak org sekeliling terasa dgn aku dan aku pon taknak cari pasal dengan orang.

tapi apa perasaan anda bila takda angin,takda ribut..orang datang cari gara-gara?

adakah anda akan diam,biar saja di hentam?biar diri diperkotak katik?

biar die menang??

ada pepatah berkata:biar orang buwat kita,jgn kite buwat org.

right.aku tak nafikan.ada baiknya tetapi tidak pada aku.bagi aku ,adalah wajib utk aku hentikan sentimen kejam ini.kalau tak hidup aku stress.aku tak suka stress.aku tak suka stress.aku tak suke stress.aku mmg tak suke org buwat aku stress.mmg tak suke.betul-betul tak suke.

weh cik kak,

aku tertanya-tanya kenapa mende mcmnih boleh terjadi pada aku?did i look easy to you or am i that attractive sampai-sampai aku yg jadi pilihan?ahah.so kau boleh nak porak peranda kan hidup aku macamtuh? pada aku senang,aku tak kacau hidup engkau so kau tak perlu kacau hidup aku.tapi masalah sekarang kau main kasar pulak. kau ingat aku nih sotong kering ke weh!
mende mmg akan jadi mcmnih.lepas apa dh jadi,apa kau expect dari aku?layan kau mcm lady diana ker?no thank. you're miserable.

ye aku tau.i haven't even heard the reason yet..tapi perlu ke? sepatutnya kau kena fikir dulu sebelum nak start apa-apa.sekarang mcm dah terlambat sangat dah utk betulkan semua mende.
kau tau tak sebab kau,aku terpaksa pegi google inspirational quote semata-mata nak pulihkan rasa sakit hati.sebab kau,aku hilang kepercayaan pada member aku.sebab kau aku rasa semua mende dah tak macam sebelumnya.

btw,skill aku tak karat lagi rupanya.seronok x?itulah lain kali jangan berani sgt!kan dah huru hara.xpe lama-lama kau akan biasa dgn hidden trait aku oke.


i was really sad because you were so immature,my dear.

Friday, April 1, 2011

dance version

baru-baru ini salah seorang teman serumah aku telah menggunakan laptop aku bagi tujuan mendload lagu.tanpa disengajakan beliau telah meninggalkan link korea di youtube. oleh kerana kebosanan dan tiada kepentingan lain, dalam diam aku dgr lagu yg selama ini beliau agung-agungkan.

dance die..cis! u got my attention,man.

kemas dan fleksibel !

rentak ganas tapi lagu putus cinta.ceh!*ade bakat jadi juri*

Thursday, March 31, 2011

burghhh day girl~



yes,aku tahu hari jadi aku dah lepas,ya. tetapi malangnya, mood birthday girl masih lagi menebal dalam diri ini .oleh kerana umur aku sudah pun masuk dalam golongan wanita-wanita layak mendirikan rumah tangga maka makin tak bersambutlah birthday aku..sob-sob isolated child.
tahun ini aku punya birthday jatuh pada hari selasa iaitu hari yg penuh dgn presentation..wah seronoknya! ceh.

malam itu, sambil lepak minum teh tarik sentetik,housemate aku mula bukak cerita mistik.damn.aku dah lah si comel yg penakut..meow.

pada mulanya aku berkira-kira utk blah je dari situ.tapi aku kan birthday girl.argh,jatuh maruah.jadi aku belagak berani.pelbagai character makhluk-makhluk ghaib, habis semua terkeluar. dari jenis halus-halus sampai ke versi ninja assasin.

senior aku bukak cerita beliau waktu beliau di hostel dahulu .dgr punye dgr sekali aku rasa apahal cerita die same jer dgn cerita seram aku nih?aku rase mane2 aku pegi, cerita seram semua sama saja takde pembaharuan langsung.

waktu borak pasal hantu,kau masing-masing taknak kalah.tapi time nak tido..hah semua taknak tidur tepi!

syok-syok borak tiba-tiba aku tgk jam.weh,birthday aku! housemate aku bukan nak buwat surprise party ke hape..masing-masing tak romantik! yang paling tak tahan sekali member aku dgn baik hati nya bertanya

"weh,birthday kau ker?"

pek.makan hati gua mempunyai sahabat yg sebegini rupa.

and the worst part is birthday aku selang sehari je dgn dylla.tak sempat feeling jadi birthday girl, tetibe die dah sibuk nak beli kek utk esok..what?
nak celebrate pun kene kongsi-kongsi.takde hak keistimewaan yg diberi.

tidak cukup dengan dylla.bila dah besar,kene sambut dgn emak punya birthday pula kerana emak dgn dylla selang 5 hari.

dulu sambut berdua..sekarang bertiga pulak dah.pretty happy ah.

pada mulanya aku bercadang utk update entry lebih awal tetapi malangnya ketika aku baru sahaja mendapat ilham, aku terdengar siti nurhaliza nyanyi lagi 'cindai' kat youtube..terus tak lalu nak menaip..laptop tak tutup terus tarik wayar.pecut masuk bilik.*alasan*.

p/s:kaunter penghantaran hadiah pintu ke pintu masih lagi terbuka.

Saturday, March 19, 2011

iron chef parody~

dua minggu yg lalu lecturer utk subjek broadcasting telah mengerah kami satu kelas utk membuat satu rancangan yang boleh disiarkan pada hari jumaat..waktu tayangan :9.00 malam.

kami diberi pilihan samaada buwat secara live di depan kelas ataupun merakam di video..memandang group aku nih sorang2 dasar pemalas nak buwat shooting bagai..haha.so kitorang buwat 'siaran langsung'.

pada mulanya kami merancang nak buwat rancangan ala-ala'semanis kurma'..tetapi malangnya untuk tampil dgn konsep serius memang bukan kepakaran kami bertiga.so kitorang buat rancangan yg bertemakan realiti comedy.
mmg rosak akhlak kanak-kanak bawah umur kalau tayang program tv mcm nih hari jumaat.


hendak dijadikan cerita,minggu itu aku mengalami masalah keserakan suara yg begitu kritikal.can u imagine aku yg mmg terkenal dgn suara ramli sarip kalau masuk nasyid pon boleh kene tendang dan secara tiba-tiba kene jadi host rancangan memasak..the heck?

here the video.terima kasih kepada EJ(walaupun begitu tabah aku dengar engkau mencarut!) terima kasih kerana sanggup rakam aksi-aksi sumpah bodoh kami.terima kasih juga kepada zaidi and ahli rumah sewanya kerana membenarkan kami meminjam segala bentuk kuali,senduk dan periuk belanga. damn shit we appreciate lu brader!nak harapkan kami nih mmg kedai mamak la yg tolong masakkan.

aku fikir banyak-banyak-banyak-banyak*mark that* kali to put this video in my blog sebab ianya agak memalukan dan joke yg sememangnya x kelakar ..tapi mane korang nak dapat tgk mak nyah pakai kimono kan!nak sangat..ambik-ambik~



fuh~



Wednesday, March 2, 2011

old buddies.



sudah sekian lama aku tidak menfitnah dua org rakan lama aku ini.rasa hati ini x terang pula jika tidak bercerita perihal mereka yg sering memporak perandakan fikiran aku selama ini.

sudah hampir 2 bulan kami tak bertemu memandangkan masing-masing belagak macam merantau kat seberang laut.akhirnya,anis membuka langkah pertama melafazkan rindu dendam yang sudah membusuk di lubuk hatinya.beliau akhirnya mengetepikan keegoan yg menebal dlm diri..ahah..u go girl!

oleh kerana begitu terharu dgn perubahan beliau..aku akhirnya membuat anjakan paradigma dgn menukar background desktop yg selama ini sering bersilih ganti gambar jejaka dari hollywood mahupun bollywood lalu diganti gambar ini.


anis juga sudah semakin x terkawal dgn berani meluahkan kerinduannya secara terang terangan di laman sesawang facebook..gila phycho!

anes juga beranggapan bhw aku ini ibu gula nya lalu dgn sewelang2nya memperdaya aku utk belanje kehidupan sehari-hari beliau.


cukup kiter menfitnah anis..kini aku perlu beralih pada maisarah pula.




"anis n yda..blik la cpt..bile nk abis sem korg nih??!!..aku byk bnde nk story n mintak pendapat..anis dah phm skit mslh aku..tp dr cinta!(cik yda nyet nyet) aku perlukn nsht ko jgk..

blik cpt sblm aku jd giler..otak dh tepu dok umah ni beb!

p/s: kpd 2 sahabat tersyg,buat final elok2..jgn gelojoh nk siap je..bce soalan elok2 n bce buku ye nyah2 ku sekalian..jgn dok online je..aku xpe..hehehe ;p..see u all soon ya..muahh!*tiada unsur lesbian di sini..harap maklum.."

xoxox


aku x faham kenapa name aku kene ade "nyet-nyet"? ciskek engkau mye (-_-)''.


oke.memandang mereka begitu merindui aku. jadi aku juga perlu memeriahkan suasana juga nampaknya.


err..i love u too lah.*naaa... aku tahu aku sweet*

mye~anis~whyda

gambar terpaksa di cencored kan bagi mengelakkan timbul unsur-unsur gay di situ.


weh,lagu kita weh..moh layan blues!





fuh!