Thursday, June 30, 2011

hello.

hari ini kelas aku start pukul 4.30 petang tetapi seawal 7.30 pagi aku telah bangun gara-gara seekor lipas durhaka.

kisah bermula disuatu pagi yang seram.aku dikejutkan dgn suara halus anak mami yang tiba-tiba menjerit nyaring.duh, sendiri mau igtlah kalau suara org utara menjerit bagaimane stailnya..kebas telinga.

pada mulanya aku ingin menyambung semula tidur yang tergendala gara-gara jeritan mistik faten hana.tetapi memandangkan beliau merupakan bekas roomate aku sewaktu kami tinggal di kolej dulu,aku gagahkan juga diri dlm aktiviti membanteras serangga perosak itu tadi.serangga ini pun satu hal..nak keluar pagi-pagi buta..mmg mengundang angkara.

dengan nilai-nilai ukhwah yg telah diterapkan sejak zaman kanak-kanak lagi,aku mengambil ridsect utk dijadikan sandaran dlm pergelutan ini.rakan-rakan seperjuang yang lain turut tampil memberikan kata-kata semangat kepada faten hana yang telah terperangkap bersama lipas didalam bilik air.

nan cheese!!
semua pas pada aku suruh jadi pussy cat doll selamatkan faten hana.apakah mereka lupa yang kucing pun aku takut apatah lagi lipas... gila mental disorder.

mereka semua gigih pujuk faten hana utk keluar dari bilik air tetapi tiada siapa yang ingin memujuk aku yg terpaksa berhadapan dgn lipas.cis!tidakkah mereka nampak tanggungjawab berat yang sedang aku galas ini ?waktu join perkhemahan tunas puteri di hutan simpan pun tak segetir ini.

pang pung pang .

fuh setel.

lipas mati. faten disahkan selamat.

tapi aku berani bet,komfem rosak saraf lipas dgr faten menjerit..lullaby.

***
dulu zaman-zaman aku masih lagi sekolah asrama asal ada subjek yang aku tak siap homework, automatik aku lesap.tak rela aku membiarkan diri ini menjadi mangsa abusing oleh tenaga pengajar yang umpama singa lapar.sampai ada yang suruh mak aku beri aku pil pintar..duh..rosak!

memandangkan hampir tiap-tiap hari tak siap kerja rumah,tiap-tiap hari jugalah aku tak masuk kelas .kebiasaannya aku akan lepak kat kelas sebelah takpun mengintai minah rempit dating belakang blok..dapat tonton wayang percuma.agak-agak tayangan yang memerlukan parental guide.. aku boleh tolong sergah.kitorang mmg suke spoil kan mood pasangan yang sedang bermadu kasih.tapi kadang-kadang kalau rajin, kitorang tolong dendangkan lagu jamal abdillah utk naik kan mood romantik.siap buat medley lagi.

aku baru nak mula intro

"bila kekasih..
mengingkap tabir cinta..
tiada terbatas..
dengan kata-kata..''..

terus dorang lari tak cukup tanah..ape teruk sgt ke aku nyanyi?

kecik hati gua!



pengalaman mendewasakan kita.sekarang susah nak ponteng,sume maen sign attendant.kini aku stuck dalam kelas flash kene belajar create website sendiri.semput otak.dari create website sendiri adalah lebih bagus aku bukak website yang telah di create oleh mark zuckerberg.

bukak-bukak je facebook ajak member sebelah pergi makan .

itulah gunanya networking website..

connecting people.




tata.

No comments: