Saturday, August 21, 2010

kesat air mata anda~

demmit..

air mata menitik.

sumpah aku nak bela singa lepas nih!


Friday, August 20, 2010

kodak

assalamualaikum warga kota.bagaimana dgn hari-hari anda?adakah berjalan dgn lancar ataupun terpaksa bangun awal kerana mempunyai kelas ganti utk cuti raya yg bakal menjelma di lama lagi?jika ada,pasti ketika bersahur tadi anda berniat puasa yg diiringi makian kecil.kalian ni semangat bangun sahur.. tapi belum pon melepasi waktu lunch..masing2 sudah mcm mangsa perang bosnia menggigil kelaparan.

jika anda merupakan researcher aku yg psycho..pasti anda sudah sedia maklum bahawa sudah 3 semester aku bertapa di melaka.tetapi semester ini merupakan semester yg begitu mencabar credibility aku sebagai seorang pelajar yg begitu menitikkan waktu2 akhir utk submit esaimen.semakin dekat date of submission..semakin cergas aku mencari bahan esaimen*hipotesis*
tetapi mungkin kalian tidak tahu..waktu mula-mula bukak sem 3 aritu,aku sudah berjanji dalam hati*beriya*bhw sem ini aku hendak menjadi pelajar yg awal minit.lantas,apabila lecturer mula memberi longgokan esaimen..aku sudah mula buwat dgn penuh istiqamah .tetapi adakah anda percaya jika aku katakan yg sehingga kini lecturer masih lagi mereject outline aku.dan buwat pertama kali nya aku direject sebanyak enam kali..fuh!walaupon angka nya tidaklah begitu menggerunkan ..tetapi sudah berpuluh syiling aku taburkan utk print esaimen siap print colour lagi kononnya utk mengaburi mata pensyarah..itu belum kira lagi berapa kilo peluh aku habis kerana terpaksa menapak keluar masuk library meminjam bukan yg xde kene mengena langsung dgn bahan kajian*eceh..dah mcm buwat thesis dah aku nih*tetapi malangnya pengorbanan aku gagal.pekerja kat kedai print pun naik jelek melihat wajah aku yg sering minta diskaun ini.tetapi semuanya sia-sia.umpama menyiram air ke daun keladi*cmon arr..jgn sampai aku beri peribahasa lain lagi*

kerana tidak tahan..salah seorang dari rakan aku akhirnya tumpas..bertali tali air mata mengalir di pipi ..nak hantar esaimen pon boleh sebegitu sayu pada beliau kerana hasil kerja di kritik tanpa belas.dari situ,akhirnya aku membuat kesimpulan bhw beliau mesti tidak pernah mempunyai record di reject oleh mana-mana insan yg bernama lelaki ataupon mungkin tidak pernah langsung mempunyai pengalaman bercinta..segmen percintaan pula aku selit sekali dgn esaimen.

walaupon waktu -waktu sukar masih belum berakhir..terselit juga saat-saat yg membuwatkan aku lalai lantas mengabaikan esaimen yg direject itu.

pada sem ini aku mempunyai subjek kegemaran iaitu subjek photo.

baru-baru ini kami telah mengikuti camp yg di kenali sebagai photocamp.

oleh kerana terlampau esaited..akhir aku lupa utk mengecas bateri camera..gambar utk waktu mlm tidak berjaya aku tangkap lalu meranapkan impian aku utk menggilap bakat dgn teknik 'bulb'. .selebihnya aku terpaksa merempat di kamera org lain.

pada petang itu..kami dikehendaki snap gambar matahari terbenam..sunset scenery namanya..tetapi mungkin sun happy sahaja..so no sun 'sad' pade petang itu.

kami kalau dah diberi kamera..memang jakun...tambah-tambah sejak dah handal gune self-timer ini.






mister fazlul entah dari celah mane muncul..tibe-tibe tolak aku..peh!
eh,dalam syok-syok bergambar..rupa-rupa ade insan lain rakam aksi kami..alah petto..kaw kalau admire aku cakap laa der..x perlu laa nak amik gambar curi!

p/s:sir kacak dah byk kali kenselkan klass sbb sakit..sob.sob.sob..da rindu nih.

salam ramadhan.

Thursday, August 12, 2010

renung-renungkan.

aku dapat video nih dari emak aku melalui laman sosial facebook..eh eh,puan norlia nih sejak dua menjak nih gemar pula forward video kat saye..ahah~

so tadi aku tergerak nak bukak video tuh..

sgt terharu dan air hingus pon mengalir tanpa henti.



p/s: sebab tuh laa adek gemar balik rumah..sebab nak jage mak*alasan*

Wednesday, August 11, 2010

yusof taiyoob~

"nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa "


selamat menyambut bulan ramadhan..

nasihat ringkas tapi padat dari saya,

puasa jangan tak puasa!

*sori,tiada entry buwat mase ini, aku lemas dibanjiri lambakan esaimen yg berebut mendatangi.*