Thursday, March 31, 2011

burghhh day girl~



yes,aku tahu hari jadi aku dah lepas,ya. tetapi malangnya, mood birthday girl masih lagi menebal dalam diri ini .oleh kerana umur aku sudah pun masuk dalam golongan wanita-wanita layak mendirikan rumah tangga maka makin tak bersambutlah birthday aku..sob-sob isolated child.
tahun ini aku punya birthday jatuh pada hari selasa iaitu hari yg penuh dgn presentation..wah seronoknya! ceh.

malam itu, sambil lepak minum teh tarik sentetik,housemate aku mula bukak cerita mistik.damn.aku dah lah si comel yg penakut..meow.

pada mulanya aku berkira-kira utk blah je dari situ.tapi aku kan birthday girl.argh,jatuh maruah.jadi aku belagak berani.pelbagai character makhluk-makhluk ghaib, habis semua terkeluar. dari jenis halus-halus sampai ke versi ninja assasin.

senior aku bukak cerita beliau waktu beliau di hostel dahulu .dgr punye dgr sekali aku rasa apahal cerita die same jer dgn cerita seram aku nih?aku rase mane2 aku pegi, cerita seram semua sama saja takde pembaharuan langsung.

waktu borak pasal hantu,kau masing-masing taknak kalah.tapi time nak tido..hah semua taknak tidur tepi!

syok-syok borak tiba-tiba aku tgk jam.weh,birthday aku! housemate aku bukan nak buwat surprise party ke hape..masing-masing tak romantik! yang paling tak tahan sekali member aku dgn baik hati nya bertanya

"weh,birthday kau ker?"

pek.makan hati gua mempunyai sahabat yg sebegini rupa.

and the worst part is birthday aku selang sehari je dgn dylla.tak sempat feeling jadi birthday girl, tetibe die dah sibuk nak beli kek utk esok..what?
nak celebrate pun kene kongsi-kongsi.takde hak keistimewaan yg diberi.

tidak cukup dengan dylla.bila dah besar,kene sambut dgn emak punya birthday pula kerana emak dgn dylla selang 5 hari.

dulu sambut berdua..sekarang bertiga pulak dah.pretty happy ah.

pada mulanya aku bercadang utk update entry lebih awal tetapi malangnya ketika aku baru sahaja mendapat ilham, aku terdengar siti nurhaliza nyanyi lagi 'cindai' kat youtube..terus tak lalu nak menaip..laptop tak tutup terus tarik wayar.pecut masuk bilik.*alasan*.

p/s:kaunter penghantaran hadiah pintu ke pintu masih lagi terbuka.

Saturday, March 19, 2011

iron chef parody~

dua minggu yg lalu lecturer utk subjek broadcasting telah mengerah kami satu kelas utk membuat satu rancangan yang boleh disiarkan pada hari jumaat..waktu tayangan :9.00 malam.

kami diberi pilihan samaada buwat secara live di depan kelas ataupun merakam di video..memandang group aku nih sorang2 dasar pemalas nak buwat shooting bagai..haha.so kitorang buwat 'siaran langsung'.

pada mulanya kami merancang nak buwat rancangan ala-ala'semanis kurma'..tetapi malangnya untuk tampil dgn konsep serius memang bukan kepakaran kami bertiga.so kitorang buat rancangan yg bertemakan realiti comedy.
mmg rosak akhlak kanak-kanak bawah umur kalau tayang program tv mcm nih hari jumaat.


hendak dijadikan cerita,minggu itu aku mengalami masalah keserakan suara yg begitu kritikal.can u imagine aku yg mmg terkenal dgn suara ramli sarip kalau masuk nasyid pon boleh kene tendang dan secara tiba-tiba kene jadi host rancangan memasak..the heck?

here the video.terima kasih kepada EJ(walaupun begitu tabah aku dengar engkau mencarut!) terima kasih kerana sanggup rakam aksi-aksi sumpah bodoh kami.terima kasih juga kepada zaidi and ahli rumah sewanya kerana membenarkan kami meminjam segala bentuk kuali,senduk dan periuk belanga. damn shit we appreciate lu brader!nak harapkan kami nih mmg kedai mamak la yg tolong masakkan.

aku fikir banyak-banyak-banyak-banyak*mark that* kali to put this video in my blog sebab ianya agak memalukan dan joke yg sememangnya x kelakar ..tapi mane korang nak dapat tgk mak nyah pakai kimono kan!nak sangat..ambik-ambik~



fuh~



Wednesday, March 2, 2011

old buddies.



sudah sekian lama aku tidak menfitnah dua org rakan lama aku ini.rasa hati ini x terang pula jika tidak bercerita perihal mereka yg sering memporak perandakan fikiran aku selama ini.

sudah hampir 2 bulan kami tak bertemu memandangkan masing-masing belagak macam merantau kat seberang laut.akhirnya,anis membuka langkah pertama melafazkan rindu dendam yang sudah membusuk di lubuk hatinya.beliau akhirnya mengetepikan keegoan yg menebal dlm diri..ahah..u go girl!

oleh kerana begitu terharu dgn perubahan beliau..aku akhirnya membuat anjakan paradigma dgn menukar background desktop yg selama ini sering bersilih ganti gambar jejaka dari hollywood mahupun bollywood lalu diganti gambar ini.


anis juga sudah semakin x terkawal dgn berani meluahkan kerinduannya secara terang terangan di laman sesawang facebook..gila phycho!

anes juga beranggapan bhw aku ini ibu gula nya lalu dgn sewelang2nya memperdaya aku utk belanje kehidupan sehari-hari beliau.


cukup kiter menfitnah anis..kini aku perlu beralih pada maisarah pula.




"anis n yda..blik la cpt..bile nk abis sem korg nih??!!..aku byk bnde nk story n mintak pendapat..anis dah phm skit mslh aku..tp dr cinta!(cik yda nyet nyet) aku perlukn nsht ko jgk..

blik cpt sblm aku jd giler..otak dh tepu dok umah ni beb!

p/s: kpd 2 sahabat tersyg,buat final elok2..jgn gelojoh nk siap je..bce soalan elok2 n bce buku ye nyah2 ku sekalian..jgn dok online je..aku xpe..hehehe ;p..see u all soon ya..muahh!*tiada unsur lesbian di sini..harap maklum.."

xoxox


aku x faham kenapa name aku kene ade "nyet-nyet"? ciskek engkau mye (-_-)''.


oke.memandang mereka begitu merindui aku. jadi aku juga perlu memeriahkan suasana juga nampaknya.


err..i love u too lah.*naaa... aku tahu aku sweet*

mye~anis~whyda

gambar terpaksa di cencored kan bagi mengelakkan timbul unsur-unsur gay di situ.


weh,lagu kita weh..moh layan blues!





fuh!

Tuesday, March 1, 2011

kugiran.

beberapa minggu yang lalu,laptop aku terpaksa dibawa masuk ke kilang semula kerana telah mengalami kerosakan skrin yg mmg mengundang sengketa sahaja apabila aku sedang mendapat hidayah utk maraton cerita hindustan ,tiba-tiba laptop blank.

sewaktu tiba di kedai komputer yg terletak di sekitar kajang,pekerja tersebut ada bertanyakan samada aku mempunyai sebarang document penting utk disimpan sbb dia nak charge utk backup file.so didalam keadaan yg seolah-olah telah diberi pil khayal tersebut, aku menidakkannya.hendak di pendekkkan cerita,sejurus laptop kembali semula ke tangan aku yg mulus ini,kesemua lagu-lagu yg selama ini aku agung-agungkan hilang begitu sahaja dan perkara yg paling-paling sadis,mereka turut alpa utk menginstall semula software yg sering aku gunakan utk dload lagu..ehem..itu yg kita panggil tekanan people.

berat sungguh dugaan ini.jadi aku letak kesalahan ini diatas kepala pekerja tersebut.ini semua salah mereka..HO!
cakap biarlah terang dan jelas biar semantik tuh sampai kat aku yg super lembab nih!dorang tye document penting bkn lagu .bukan salah aku..bukan.

jadi kini aku terpaksa menggunakan savevid utk mengumpul semula koleksi lagu.
ini merupakan antara lagu -lagu yg terpaksa aku dload kembali disamping mengenang kembali nostalgia cinta muda mudi.watdahel aku merepek nih?aku sgt gemar dgn dua kugiran ini kerana mereka kacak..ahah..tidak..kerana suara mereka yg flat itu.