Friday, May 28, 2010

ahmad faiz mohamed jamel

selepas kejadian di mane dilah..emak..dan along telah mengerah aku menulis mengenai mereka di blog suatu ketika dulu..kini aku kembali lagi menyebar fitnah..kali ini.. kerane cemburu perigi buta faez..aku terpakse menulis mengenai beliau pula..adakah kemungkinan nadia pula akan memakse aku melakukan hal yg sama?..oh..oh..oh.

atas dasar semangat setia kawan dan telah terikat dgn ikatan kekeluargaan yg utuh..akhirnya tercetus entry yg diberi name ahmad faiz ini.siapakah faiz?

orang nya tidak lah sekacak namenye atau secantik kakaknya..selain mempunyai badan yg saling tidak tumpah seperti papan skateboard..paes juga sering memperdaya gadis-gadis di laman sosial spt fesbuk dgn susuk tubuh yg telah di modified dgn menggunakan photoshop dan photoscape.aha..kesian gadis-gadis.

jangan risau..sebagai seorang yg telus..kali ini aku akan mendedahkan rupa paras faez yg sebenar.setelah hampir setengah hari aku menyelongkar gambar2 lama di dalam kotak yg diletakkan di bawah katil yg berhabuk..*kami sengaja membiarkan bawah katil dipenuhi habuk utk mengekalkan ke'antik'an* ..demi mendedahkan kebenaran ini kepade umum..aku sanggup terbersin2 dan masalah resdung semakin kriktikal tidak aku pedulikan.akhirnya aku berjaya menemukan gambar-gambar yg cuba faiz jauhkan dari tersebar ke pihak yg tidak bertanggungjawab.yeah..faiz mmg bertuah mendapat aku sbg kakak nya.


presenting you....
uwek..uwek*efek nangis sbb lampin dah berat dgn najis*.alolo..comeynya faiz...rase nak sepak-sepak!e'eh..malu-malu miow pulak die~


model bedak talkum..peh.. rambut berkilat..berape kilo die letak brylcream ?hal ini telah meninggalkan seribu satu tanda tanya.
bidadara surga~..berpotensi utk jadi model majalah mangga.
anda hanya perlu menggunakan pokok bunga emak dan tudung nadia sebagai prop tambahan.lebih bagus sekiranya anda menggunakan pokok bonsai bagi memberi kesan yg lebih dramatik lagi.
wajah yg penuh sifat kewanitaan.

kenangan faiz bersama idolanya iaitu AKU dan juga kumpulan raihan.


kami sering bertelagah kerane pakaian..damn! paes mmg gemar memakai seluar mickey mouse aku.
rempit wannabe.beliau agak sukar utk mengimbangi helmet yg berat.. topi keledar ke kiri.. kepale pon ikot ke kiri mirip angkasawan yg terawang2 di angkasa.
"once upon the time..in the small village..."~faez si penglipur lara.
nadia mengajar faez utk memberi pose yg terbaek.wah..comey nye aku*lisa surihani waktu kecil*
"uih..luas nye whyda nganga..jeles aku"monolog paez sendirian.besday paez yg ke-3 thn.botol susu dan faez mmg tidak dapat dipisahkan..kadang2 beliau minum sorok2 di balcony rumah ketika sedang bergayut dgn gadis-gadis.ia juga boleh didapati dlm pelbagai perisa spt..sirap,milo ataupon pepsi twist.

waaaaa..comey sekali ketika ini..tetapi kini..semuanya tinggal kenangan..seorang bintik itam penuh di hidung sorang tompok putih penuh di pipi~
sentiasa tampil kemas dan bergaya.tapi mengapa beliau tutup mulut?
"tok dah tua cu..gigi pon xde"..heh..dengan adanya gambar iklan gigi ini..paes pasti teragak agak utk membuat onar dgn aku.
gambar paling mahal !!!..dah macam gayboi.


bagaimana ?anda berpuas hati..?

Thursday, May 20, 2010

dah update dah faten!

ya.cuti semester masih panjang.mungkin maseh ade sebulan lebeh.kalo dikira secara saintifik boleh menangis tersedu sedu dibuatnya.jadi utk mengelakkan rusuhan ataupun semangat assabiah mula menular dikalangan follower kipas mati aku,aku update lah lah pade petang ini walaupon kelaparan .

aku maseh igt lagi peristiwa dimane ditengah kesibukan utk menghadapi final.. faten serta kak fatin telah mendera aku secare batin dgn memakse aku menonton kumpulan boy band yg diberi name 'super junior'..demmit ! korea lagi..korea lagi..korea lagi.pade mulanya mereka cakap hanya igt mempertontonkan pade aku cume satu videoclip saje..tapi diantare perlu menghafal key term human communication atau sorry-sorry -super junior mane satu yg akan menjadi pilihan??..dgn barisan jejaka berwajah bayi..serta menjanjikan kenyitan mata yg seksi..katekan saje korang mengalami masalah buang air kecil tidak lawas jika tidak terpengaruh ngan group ini.lepas satu..satu lagi..sampai2..aku sendiri dihalau secare tidak beretika setelah keadaan tidak lagi mampu dikawal.kak fatin bace buku pon tersengih sengih sesekali aku lihat tergelak kegirangan sendirian dikatilnya..(-_-)''

begitu sekalikah bahana kumpulan korea dikalangan para belia?erm..btw,kak fatin masih belia ya rakan-rakan..walaupon wajahnya persis khadijah tan.perkara ini telah disahihkan melalui quiz yg kami buat di facebook.rentetan peritiwa itu,kak fatin menjadi murung.jadi kami buat ujian ulangan..aik?..rosnah mat aris pula.pelik tapi benar.apabila kami ingin membuat ujian utk ketiga kalinya..dahi kak fatin sudah didatangi peluh dingin..mungkin beliau bimbang wajah zaiton sameon pula yg muncul screen laptop..*jenaka sambilan berakhir*

percutian sekolah yg maseh panjang telah memaksa aku utk menjadi penganalisa filem yg paling muda dalam arena pefileman..dengan berbekalkan ilmu fekah di dada..aku telah berjaya melakukan kajian secara rawak dikalangan sahabat handai..kaum kerabat mahupon jiran tetangge.
berdasarkan questionnaire yg dibuwat..rata2 nya meminati drama korea..japan..omputih..thailand..indonesia dan drama melayu hanya 0.6% ..gahhh!x sampai separuh..tak sampai suku..kalau beli ayam kat nandos pon x dpt sidelines mediterranean rice dgn peri chips nih!!

utk tahun in sajer..baru beberape kali saja aku menjejakkan kaki ke panggung wayang dan secare tidak sengaje tertgk pasangan anak2 muda buwat wayang bak kate pepatah teguk air sambil diving??

oke..tapi yg paling best bagi aku ialah movie LOSERS.korang google lah sendiri sinopsisnya dan mungkin anda boleh dpt kan segera cakera rompak di pasaran gelap sekarang sementara stok maseh ade.

aku menonton bersame 2 org fans fanatik aku iaitu nadia dan afiq.sebelum cerita itu mula..mereka telah memperkotak katikkan cerita yg aku pilih..aku hanya mampu mendiamkan diri dan berlagak kool..tetapi apabila cerita itu mula ditayangkan ,aku lihat afiq mula mengesat air mata di pipi.terharu mungkin..mungkin juga beliau beranggapan itu merupakan cerita romantik komedi???! manakala pop corn yg dimakan oleh nadia hampir disuap ke mulut org disebelahnya.tapi sehingga kini aku maseh tidak berpeluang utk menonton iron man mahupun ip man.ade tak sesiape yg ingin mengajak aku menonton wayang sekarang secare percuma serta menanggung makan minum aku?ayuh!anda mungkin berpeluang utk mengenali lebih dekat lagi siapa penganalisa filem muda ini!!!

selain itu,cerita-cerita indonesia semakin mendapat tempat dikalangan kanak2 diantara umur 11 ke 13 thn.bermula dari sinetron bawang putih bawang merah dan yg terbaru iaitu tasbih cinta.genre cerita yg meleret2 membuatkan aku tertekan sendiri...jalan cerita yg sering memaparkan masalah pergolakan keluarga yg tidak berpenghujung ,perebutan harta warisan dan perebutan kekasih yg lawa sikit dari momok sering kali membuatkan aku mengalami phobic marriage.logik ke bagi anda pari2 yg memakai pakaian mandi seorang wanita tua.alamak..x lalu aku tgk..~bila di igt2,cerita indon tidak jauh beza dgn cerita thailand..peh..dgr org thailand buwat segmen memasak menerangkan cara2 buat itik panggang pon boleh menggigil tangan amik remote control tukar channel laen.

korea dan japan movie pon x jauh beza..mesti letak wajah2 kumpulan boyband.aku sebagai peminat drama2 picisan macamnih sering terpengaruh dgn watak2 kayu mereka.chait!


tapi kalau buwat videoclip..aku mmg beri A+ utk indo band.
jgn tanye kenape aku letak gambar die..
sbb saya kan peminat ariel peterpan..ahahah.