Tuesday, January 31, 2012

yo!

assalamualaikum ,salam satu malaysia.

pagi ini aku bangun awal kerana Puan Norlia yang gorgeous salah kejut.
secara am nya beliau ingin mengejut adilah atau name timangannya si tompok.tetapi aku tidak menyalahkan emak seratus peratus atas kesilapan teknikal tersebut lantaran saiz tubuh badan dilah semakin memgembang dari hari ke hari seperti belon panas yang terbang bebas di udara.

kesan dari kesilapan itu,aku terus terjaga. bila terjaga terus ingat nak breakfast bijirin berkhasiat tetapi malangnya harapan tinggal impian.perut ku yang berbunyi diabaikan tanpa perhatian masyarakat.tengok kucing jiran sebelah punya whiskas pun boleh tahan.tangan gagal nak rembat lepas tuh campur dengan susu low fat..yummeeeh.

sesi treasure hunt pun bermula.start dari peti ais sehingga ke beg tangan untuk mencari sesuap rejeki.

alhamdullillah berbekalkan keazaman dan iktikad..aku berjaya menemui segulung hudson berperisa honey lemon utn dijadikan santapan di pagi hari.

tengok barat tak barat juge gua nih sarapan gula-gula!

*************
selesai makan aku terus buka youtube utk menyaksikan siaran ulangan anugerah juara lagu.biasalah aku nih workaholic sgt sampai tak sempat nak tgk siaran secara live.

start dari arrangement lagu ,konsep persembahan sehingga ke make up muka setiap penyanyi itu,aku akan comment sorang-sorang dalam hati.nak comment terang-terangan mcm tak layak pula kerana aku mempunyai record ditendang keluar dari kumpulan nasyid al-balqis suatu masa dahulu gara-gara membawa suara ramli sarip.

habis utk tahun ini,aku buka ajl 2002.'siti nurhaliza-bicara manis menghiris kalbu'. aku dgr lagu ini waktu darjah 5. zaman baru start bercinta dgn anak jiran belakang rumah.kalau dengar lagu ini mmg berperasaan habis.bergolek-golek atas katil mcm little mermaid.haih..rase diri ini mcm princess habis!



aku pun dengar balik sambil imbas balik kisah percintaan.dengar punye dengar..

karipaaapppp!!!

lagu putus cinta ke yang aku dengar dulu...

mmg padan aku kene tinggal !