Friday, February 18, 2011

cinta satay..ayam lembu kambing!

oke.minggu ini merupakan minggu yg agak sibuk bagi aku kerana dipaksa secara zahiriah oleh coach yg persis salleh yaakob utk menyiapkan score board utk volley ball.tidak kah beliau sedar bahawa sebagai pelajar yg berkualiti macam aku nih sudah sedia semak dgn esaimen yg di datangkan secara pukal?sekarang gua kene berhadapan dgn kerja-kerja pertukangan pula dgn perlu mengergaji dan mengukur kayu plywood?

tapi aku hadapi kehidupan ini dgn tabah dah tawaduk.

so bagi mengatasi stress ini, aku pun mula tercari-cari lagu yg aku sudah sedia download di dlm laptop.

elok aku bukak satu video nih..peh, intro 2 org mat salleh ini agak lawak .terus senang hati.

jake:why this love always feel like a battlefield..does love always feel like a battlefield???not..not really?(sambil pandang member die dgn muka begitu ingin tahu)

kurt:(apehal kau nak emo nih?)jake! its just a song.

the guy version is way better than jordin spark.trust me!





aku banyak juga mendgr suara-suara sumbangg bercerita yg org yg melibatkan diri dlm arena percintaan lain-lain jenis nih mmg gemar bergaduh.alamklumlah aku dah 5 tahun bersara dari bidang percintaan.pergaduhan merupakan tumor dalam percintaan .
beberapa faktor yg menjurus kepada berlaku hal ini ialah seperti cemburu,dendam,kuat mengongkong, atau kelaparan.

cis,bukan kah amat menyedihkan apabila hubungan yg sepatutnya diceriakan dgn kegembiraan tetapi ditutupi dgn pertelingkahan yg berpanjangan..sob-sob..oke murid-murid ari ini kita belajar novel konserto terakhir.

ah korang nih mmg!kalau time tgh bercinta sakan,name anak pon dah sibuk pikir..punye la panjang sampai tak cukup kotak nak isi dalam surat beranak.

tapi bila start musim gaduh..fuh..mula lah menangis kat bawah bantal..silap-silap haribulan boleh perah air mata..dah lah bantal aku jugak yg kau guna!

tiba-tiba,esok tgk dah elok balik..apadahal??gila xde perdirian!

cih!kalau dah suka..buwat cara suka weh..kalau x suka,buwat cara x suka.kau igt org nak kene jaga hati kau je ke?kau igt kau je ade hati..ade limpa?..sekali dia tinggalkan kau..haa..merana..mulalah karang ajak aku berkaroake bagai nak lepaskan perasaan sambil nyanyi lagi aris ariwatan.

tetapi

"Listen to your heart before you tell them goodbye"

nanti menyesal pulak..bantal aku jugak kau cari..duh.

Monday, February 14, 2011

taman jiwa.




yo!

orait.jika dulu aku sering kali mengaibkan rumate aku iaitu faten hana kerana beliau terpaksa bersedudukan dgn aku sepanjang 3 sem yg getir.tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan yg x mungkin faten lupakan.insan hot ini tidak lagi bersama-sama beliau dlm menjalani kehidupan sehari hari yg tidak terurus.hal ini kerana..beliau maseh lagi ingin terperam umpama jeruk didlm kolej manakala aku telah selamat ditendang dgn sopan oleh pihak kolej.sentap!
inilah akibatnya jika perasan nak jadi mpp tapi tak kenal sape encik sahol.*nota kecil:beliau ialah naib caunselor uitm uoll~*

tetapi kini aku sudah dapat mengesan mangsa baru sekaligus turut memegang mandat yg tinggi dlm pbsm('persatuan balik setiap minggu' yg kini lebih dikenali sbg pbsf iaitu 'persatuan balik setiapkali free').jawatan nya bukan calang2 jika hendak dibandingkan dgn aku yg hanya bergelar AJK kecil ini*humble*.

siapakah beliau?

agnes monica as known as alin gebu.ahah~

hendak di summarize kan cerita,sejak part 2 bertapa di melaka,akulah yg menjadi co-pilot alin setiap kali pulang kekampung halaman pada hujung minggu.aku jugalah yg bertanggung jawab utk menenangkan alin setiap kali beliau mengalami masalah kemurungan jikalau berlaku kesesakan lalu lintas di highway. andai saja ada samseng jalanan cube membuat onar dgn beliau pasti akan ku menenangkannya dgn mengajak beliau berselawat sambil mendendangkan lagu nasyid 90-an.bagi alin gebu ,aku ini umpama ibu angkatnya yg hot:part time pakar kaunseling, full time perunding masalah percintaan.
tapi ibu tunggal..sob-sob~

one fine day.kami dikerah bangun pagi oleh rakan2 yg kelaparan utk menjamu selera di sebuah restoran yg terdapat di bandaraya bersejarah.tepat jam 10.30 pagi kami berlepas ke bandar.

setibanya di seoul garden,masing2 sudah hilang adap ketimuran yg amat aku titik beratkan ketika makan.sudahlah makan x berhenti2 selama 4 jam lamanya sampai naik kering sup kimchi kami..tempat panggang pon dah rentung mcm muka along..auchh!



insan yg kelaparan dari kanan:apish,alin ,deena and iman.





selesai makan..masing-masing nak test kegarauan suara dgn berkaroake.

anak itik tok wi mandi dalam kolam...la..lala..


bersama si gebu~


itu dia menerima anugerah penyanyi terbaik seri angkasa bintang rtm.*unsur hitam putih digunakan utk ambil feel night club*.



tamat.

Sunday, February 6, 2011

title.

assalamualaikum.


oleh kerana cuti tahun baru cina kali ini agak panjang, so aku dan rakan2 telah mendecide utk merayau di ibu kota.memandangkan aku seorang saja yg tersadai di bangi ini maka hanya aku seorang saja yg terpaksa menggigih kan diri menaiki train.seawal pukul 9 pagi aku sudah tercongok di depan train.menunggu dgn penuh ketabahan kereta api yg masih lagi belum berkunjung tiba.nak usya abang-abang manis pon x boleh.rata-ratanya budak2 baru habis spm dan muka mcm indon-indon yg mendapat cuti hari buruh.tunggu punya tunggu sekali ada announcement yg train delay kat kepong!..berbuih mulut aku bace surah2 ringkas..cis!

sesampai kat kl sentral aku dikehendaki menaiki putra pula..ala-ala maen pas baton.

setiba di kelana jaya,faten hana dan piqa angkut aku utk mengambil shila di p.j pula.sesampai di tanah jajahan shila,kami telah dikerah bersarapan di sebuah kedai makan cina classic.bubur dan jelly yg flavour mcm sparkling apple memang memukau perut ku yg ke'exhausted'an ini.shila mula touching bercerita mengenai zaman keremajaan beliau yg pernah bergelar si tompok eh silap si tomboy yg gemar memakai DC shoes suatu ketika dahulu.petaling mmg tidak jauh beza dgn kajang.rata2 penduduknya warga cina.kenapa aku dah mcm buwat bancian pula ni?

dgn berbekalkan kereta kancil berwarna hijau tua milik piqa,kami telah disajikan dgn lagu-lagu dakwah islamiah maher zain yaw~

sepanjang perjalanan yg penuh berkah itu ,kami mula memikirkan apakah activity yg patut di buwat setiba di sunway piramid nanti.activity pertama ialah bermain ice-skating.







setelah puas berjimba,jendela shopping dan menjamu selera,akhirnya masing-masing pulang ke sarang.ops!shila saja berdating dgn abg manis.. anak makcik Z mmg nakal..aha~

**********
oleh kerana dapur rumah kami sering saja 'berasap',emak mula merengek nak makan luar.korang paham2 jela kalau kaum ibu-ibu nih meragam..buruk sungguh aku habaq kat hang.

so,lokasi kali ini ialah restoran thai yg agak terabai disekitar setapak.




weh,rumours kate degree course aku kat melaka..apehal uitm nih!!
makan hati laa dgr uni malaysia camnih..nak bawak diri belajar kat oversea lah.
tukar course ambik medik kat mesir.kalau ade rusuhan boleh balik malaysia.