Thursday, March 31, 2011

burghhh day girl~



yes,aku tahu hari jadi aku dah lepas,ya. tetapi malangnya, mood birthday girl masih lagi menebal dalam diri ini .oleh kerana umur aku sudah pun masuk dalam golongan wanita-wanita layak mendirikan rumah tangga maka makin tak bersambutlah birthday aku..sob-sob isolated child.
tahun ini aku punya birthday jatuh pada hari selasa iaitu hari yg penuh dgn presentation..wah seronoknya! ceh.

malam itu, sambil lepak minum teh tarik sentetik,housemate aku mula bukak cerita mistik.damn.aku dah lah si comel yg penakut..meow.

pada mulanya aku berkira-kira utk blah je dari situ.tapi aku kan birthday girl.argh,jatuh maruah.jadi aku belagak berani.pelbagai character makhluk-makhluk ghaib, habis semua terkeluar. dari jenis halus-halus sampai ke versi ninja assasin.

senior aku bukak cerita beliau waktu beliau di hostel dahulu .dgr punye dgr sekali aku rasa apahal cerita die same jer dgn cerita seram aku nih?aku rase mane2 aku pegi, cerita seram semua sama saja takde pembaharuan langsung.

waktu borak pasal hantu,kau masing-masing taknak kalah.tapi time nak tido..hah semua taknak tidur tepi!

syok-syok borak tiba-tiba aku tgk jam.weh,birthday aku! housemate aku bukan nak buwat surprise party ke hape..masing-masing tak romantik! yang paling tak tahan sekali member aku dgn baik hati nya bertanya

"weh,birthday kau ker?"

pek.makan hati gua mempunyai sahabat yg sebegini rupa.

and the worst part is birthday aku selang sehari je dgn dylla.tak sempat feeling jadi birthday girl, tetibe die dah sibuk nak beli kek utk esok..what?
nak celebrate pun kene kongsi-kongsi.takde hak keistimewaan yg diberi.

tidak cukup dengan dylla.bila dah besar,kene sambut dgn emak punya birthday pula kerana emak dgn dylla selang 5 hari.

dulu sambut berdua..sekarang bertiga pulak dah.pretty happy ah.

pada mulanya aku bercadang utk update entry lebih awal tetapi malangnya ketika aku baru sahaja mendapat ilham, aku terdengar siti nurhaliza nyanyi lagi 'cindai' kat youtube..terus tak lalu nak menaip..laptop tak tutup terus tarik wayar.pecut masuk bilik.*alasan*.

p/s:kaunter penghantaran hadiah pintu ke pintu masih lagi terbuka.

No comments: