Thursday, April 25, 2013

salam 2013

halo.

gila lama aku tak update.sampai nak log in tadi pun aku hampir lupa password.byk password aku kene igt.

password twitter
password facebook
password maybank2u

semua lain-lain.

well,bukan aku xnak update blog ini.cume bak kate guru kelas tingkatan 4 aku,Puan Asiah,

"kita boleh menghasilkan suatu karya yang lebih baik  jika suasana persekitaran kita juga baik".

so yeah..hampir berbulan-bulan juga lah aku nak dapat kan persekitaran yang "baik" itu.

setiap kali mood leftenan adnan datang nak menaip,ade je halangan menimpa. contohnya,aku dah elok fikir nak update kat bilik mak aku , dan-dan tue jugak dilah nak tunjuk rajin buat note sejarah dia..kalau duduknye diam-diam takpe lah jugak..ini pasang  loud speaker ainan tasneem ,sampai sekarang dok bergema dalam kepala aku ni haa

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”


tergolek sana,terpusing sini..sikit mase lagi jadi origami.


****
rupa-rupanya ini entry aku yang pertama utk tahun 2013. pertama sekali aku nak ucapkan selamat tahun baru buat kaum keluarga,rakan-rakan dan bakal suami.

semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

walaupun baru beberapa bulan masuk tahun baru,tetapi pelbagai peristiwa telah berlaku pada aku.namun begitu,semangat merong mahawangsa yg begitu menebal dalam diri ini,aku tahu aku mampu menghadapinya.

aku perasan sejak aku belajar kat shah alam.keadaan aku agak kucar kacir.serba serbi tak kena.masalah nak reg course lah, masalah rumah sewa lah, masalah nama anak fasha sandha hampir sama dgn nama anak nora danish lah.

 haa gwiyomi lagi satu hal..ape mende pulak semua nak bergwiyomi ni..perempuan yang buat acceptable lah jugak  , ini lelaki! aku bukan nak gender bias tapi bukan kah lebih baik sekiranya tuan hamba belajar ilmu mempertahankan diri..erm,yoga pun takpe.

its okey.walaupun perjalanan yang aku lalui penuh onak liku,dihiasi pula dgn tahi-tahi kucing.aku perlu bertahan demi masa depan yang gemilang..setiap hari aku bangun, aku cakap...1 tahun je tinggal pastu  grad and cau.

*****
bak kate bedroom sanctuary,

Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu