Friday, November 16, 2012

hujan+demam+pangkor

waktu uitm beri cuti aidiladha seminggu itu hari,aku tak berapa nak enjoy sangat.memang barai habis cuti aku dgn assignment yg bagaikan tidak mahu berenggang.asyik nak berkepit siang malam sampai mimpi berjalan dibuatnya. ah stop cerita pasal assingment bukan ade mende menarik pun. paling-paling kene reject lagi

oh ya semenjak dua menjak nih asyik hujan saja,pagi hujan,malam hujan.tapi aku suka.lena tidur mcm pakai pampers.tapi bila selalu sangat, sistem imunisasi aku pun tak memberi kerjasama dengan baik .sengal-sengal tubuh badan.seram sejuk je.nak-nak waktu kelas air-cond,pergh,pegang pen pun rase mcm terpegang anak teruna org.menggigil.serius tak syok wo kalau demam,kepala ting tong je.

aku mengadu kt syarifah.die kate biasalah tu suhu tak menentu.nak-nak pula kelas pada hari itu dari pukul 8.30 pagi hingga ke 5.00 ptg.tak ke pening kepala memikirkannya.tapi dalam pukul 9 pagi macam tuh aku da start sakit tekak,fishball yang aku beli kat cafe pun aku pakat derma ikhlas kat classmate,tak boleh nak telan padahal lapar tahap bosnia. tapi seperti biasa berlagak kool. siap boleh bergurau senda lagi.petang tuh aku ade test midterm so nak tak nak mmg aku kene attend.dalam kepala dah terbayang-bayang katil je.nampak toto pink aku kalau lari sikit imaginasi,terselit sekali patung spongebob yang elok duduk kat sisi katil member aku.

tetapi malangnya.dalam pukul 4 ptg camtu aku dapat kabar buruk,kelas dilanjutkan sampai ke malam.lecturer nak cover dua chapter terus.tak ke tahi namanya itu! badan dah tak boleh blah rasa die.gua mmg carik port tersorok je nak menangis.

nak dipendekkan cerita,esoknya aku kene ke pangkor sebab ade program.kalau dah demam sehari sebelum,ape kes?aku ni kalau demam style takkan bangkit dari katil punye.mmg selubung pocong sepanjang hari beb.tetapi ntah macammne kelas malam boleh kensel,aku cepat-cepat call mak aku datang.
mmg aku nekad nak amik injection je.

setibanya klinik seksyen 7.aku terus mendaftarkan diri di kaunter.nasib baik itu hari tak ramai pesakit.tanpa menunggu lame nama aku dipanggil..ding dong farah wahidah..farah wahidah .macam kat airport.

masuk-masuk je.alamak doktor laki ke.cis,camno aku nak mintak injection ni?aku kool dulu.biar die check aku dulu.

doktor: sakit ape?

err,rase mcm demam.

doktor tersebut terus periksa.die suh tarik nafas lepas tarik nafas lepas.
dengan fikiran yang agak berkecamuk, tunggang langgang  aliran pernafasan.

doktor: ha.ah.panas nih! 

aku: saya nak inject ye.

doktor: kenapa?

aku: sebab esok nak pegi pangkor.

doktor: haa??

aku: eh,esok ade program so tak boleh tak attend dan destinasinya di pangkor.

doktor: oh.

doktor tu terus suruh aku baring atas katil sementara beliau ingin menyediakan bahan-bahan .aku dah cemas,jangan kate die yang inject weh!mak tak rela.huwa.

aku: eh,inject kat mane?

soalan tak macam student degree.bangang sungguh!

doktor: bontot

muka die wa cakap lu memang takde perasaan.

err!doktor perempuan takde ke?

doktor: takpe,staff saye yang buat.die perempuan.

sengih je ah.

wahidah,aku rasa kau patut berhenti memalukan diri sendiri sekarang.

keluar dari klinik aku ajak mak dan along makan di Ombak. dalam sibuk menjamu selera,baru aku perasan yang badan aku dah cergas seperti biase..peluh-peluh dah kua.lega. pergh.the power of injection.lepas ni kalau demam aku tibai inject je settle.

sampai je pangkor aku berkejar tengok bilik.siap ade bath tub.mmg kuak lentang la jawabnya!