Saturday, March 19, 2011

iron chef parody~

dua minggu yg lalu lecturer utk subjek broadcasting telah mengerah kami satu kelas utk membuat satu rancangan yang boleh disiarkan pada hari jumaat..waktu tayangan :9.00 malam.

kami diberi pilihan samaada buwat secara live di depan kelas ataupun merakam di video..memandang group aku nih sorang2 dasar pemalas nak buwat shooting bagai..haha.so kitorang buwat 'siaran langsung'.

pada mulanya kami merancang nak buwat rancangan ala-ala'semanis kurma'..tetapi malangnya untuk tampil dgn konsep serius memang bukan kepakaran kami bertiga.so kitorang buat rancangan yg bertemakan realiti comedy.
mmg rosak akhlak kanak-kanak bawah umur kalau tayang program tv mcm nih hari jumaat.


hendak dijadikan cerita,minggu itu aku mengalami masalah keserakan suara yg begitu kritikal.can u imagine aku yg mmg terkenal dgn suara ramli sarip kalau masuk nasyid pon boleh kene tendang dan secara tiba-tiba kene jadi host rancangan memasak..the heck?

here the video.terima kasih kepada EJ(walaupun begitu tabah aku dengar engkau mencarut!) terima kasih kerana sanggup rakam aksi-aksi sumpah bodoh kami.terima kasih juga kepada zaidi and ahli rumah sewanya kerana membenarkan kami meminjam segala bentuk kuali,senduk dan periuk belanga. damn shit we appreciate lu brader!nak harapkan kami nih mmg kedai mamak la yg tolong masakkan.

aku fikir banyak-banyak-banyak-banyak*mark that* kali to put this video in my blog sebab ianya agak memalukan dan joke yg sememangnya x kelakar ..tapi mane korang nak dapat tgk mak nyah pakai kimono kan!nak sangat..ambik-ambik~



fuh~



No comments: