Saturday, March 20, 2010

al-fatihah.


Km 5
Jalan Lingkaran Tengah 2
Kepong
Kuala Lumpur
20 Mac 2010
8 pagi.

Mereka mempunyai tarikh lahir yang sama, 11 Novermber, tetapi berlainan tahun.

Namun akhirnya salah seorang menemui ajal dahulu manakala rakannya cedera parah.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi di KM 5 , Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong arah ke Batu Caves.

Toyota Unser ini dipandu Sikandar Hayat Khan Abdul Rahim, 19 tahun dari Sg Jelok, Kajang.

Penumpang, Muhammad Kamil Hasnafar Ali Khan, 18 tahun dari Pinggiran Batu Caves

Toyota Unser ini dipercayai dipandu laju ,dari arah Keponglalu hilang kawalan dan terbabas ke kiri melanggar penghadang jalan.

Ia kemudian terus merempuh pula belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan.

Lori ini ditinggalkan pemandunya sejak jam 10 malam tadi setelah tayar hadapan kanannya pecah dan bercadang untuk menggantikan tayar itu pagi ini.

Akibat hentakan kuat itu, kedua-dua kenderaan merintangi dua laluan jalan.

Sikandar Hayat yang tersepit di tempat duduk pemandu, maut akibat cedera parah di kepala.

Mangsa dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang.

Manakala rakannya, Muhammad Kamil cedera parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Akibat kemalangan ini, laluan ini sesak sepanjang kira-kira 5 km kedua-dua arah.

Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


gambar ehsan dari berita online.

semoga beliau di tempatkn dlm golongan yg beriman,amin.

Friday, March 19, 2010

konspirasi japan!

assalamualaikum ya ahli kuburrr..

sudah hampir ber week-week lame nye aku x update..adekah aku di tuduh sengaje berlagak kool x nak update?.huu..begini. jgn melemparkan tohmahan atau mendengar hasutan yg berbaur jeles di sekeliling anda..itu sume jembalang yg bertopengkan megan fox saja.
*ehek..x kelaka..(-_-)"


berbalik pade isu berbangkit kiter tadi...seperti yg anda semua maklum..masalah wireless uitm mmg seringkali mendatangkan carutan kecil di sanubari siswa siswi ..tetapi aku tidak..aku bermuhasabah diri..aku memilih utk bertawal dan berselawat ke atas nabi.

uitm nie mmg cemburu bute dgn kehandalan aku membuwat karangan yg berformatkan summary english 1119 di entry2 sebelum ini.mungkin mereka beranggapan aku berpotensi meng aibkan lecturer2 bahasa dan linguistik dgn laras bahasa yg sering aku guna kan..pergh!* lendu ade fakulti nih ke wey?

jadi bagaimana tanpa segan silu nye aku boleh ber entry bagai nih?

kamoon arr wey..balik rumah sudah..wireless laju mcm superbike bai!aku nak membebel panjang pon xde sape amek port dowh..*pehal aku bercakap dah mcm minah rempit nih?

struktur ayat perlu di tukar kan daripada heavy metal jawa rock kepada konsep balada.

byk mende sebenarnye aku ingin talkin kan pada hari ini sampai menggigil tgn menari di atas keyboard..

sudah..biar gambar2 ini menceritakan segala2 nye.cakap panjang pon silap haribulan boleh gugur kelimumur.


segan mcm ikan singgang aku bergambar dgn board besar nih..tuh yg pose dah mcm maknyah je.


(click utk tumbesaran)

bersame along yg mempunyai 6 pack tetapi malangnya sudah diselaputi lemak - lemak degil pula.ingin berkenalan?..sila tekan ON CINTA dan hantar ke 999..

gambar di atas diambil semasa kami pergi menonton teater tidak lama dulu.

gambar dibawah ini pula ketika kak yana iaitu rumate, aku angkut pulang ke rumah..beliau menggunakan kesempatan yg ade dgn pergi ber dating dgn boifren nye yg kini melanjutkan pelajaran di sekitar bangi. ..bagaimana dgn aku?..sudah pastilah aku menjadi syaitan..eh bukan..aku pari pari diorang yg setia menemani mereka berjalan macam manusia hilang punca pendapatan.
kami menghabiskan masa di times square dan lowyat..tapi berat kepade lowyat sbb boifren beliau begitu stres ingin menginstall kaspersky.

sempat jugak kami lepak minum ice blended dan ber online..kak yana begitu teruja dgn bisnes cafe world yg ditubuhkan oleh beliau di laman fesbuk.aku pon sekarang berkira-kira hendak menghantar rakan rakan aku jumpe counselor sebelum aku pula yg terpengaruh..cis.dah lah begitu byk tekanan rakan sebaya di sekeliling aku.kalau tidak dibasmi..bibang di masa hadapan kelak..terpesong akhlak aku sebagai pelajar yg berjiwa sivik.


kan aku kate aku nih pari-pari..jadi aku sudah letakkan hukum wajib bahawasanya amat perlu utk aku duduk tgh2 diantara mereka bagi mengelakkan perkara -perkara mungkar.*apis muke stres x dpt nak install dgn lancar manakala aku dan kak yana bermuka kiut tangkap gambar.

nie gambar paling latest aku snap..pagi2 mak dah angkut kitorang balik umah nenek..x sempat aku nak mandi dan berhias..nasib baek air rumah atok tidak dicatu..fuh..bersiramlah aku dgn hati berbunga bagai pari pari kayangan.

ini lah yg di panggil candid..dan-dan aku cakap candid padehal beriya aku nak blackmail diela tolong snapkan.

oke..enuf utk today..tata..pegi balik kubur masing masing sekarang~