Saturday, December 26, 2009

andy lau in action

Semalam kami mengunjungi pusat membeli belah yang tidak asing lagi dikalangan warga kota. Setibanya kami disana kami dapati setiap ceruk kedai dipenuhi dengan segenap manusia dari pelbagai tona warna kulit*bimbang juga peristiwa perkauman 13mei berulang lagi*. Aku mulai lapar dan pergi mencari kedai makan dan ketika berjalan tubuh terasa begitu lemah longlai dan Afiq kelihatan mengigil gigil bagai orang terkena parkinson*cipta*. Di saat itu aku mula membayangkan jika beliau pengsan di tengah-tengah mid itu pasti aku membiarkan beliau terkapai kapai meminta bantuan sendirian. Setibanya di Secret fullamak full dengan lautan manusia. Lalu kami menyertai mereka yang beratur didepan secret itu. Mujurlah takde bacaan ikrar. Jika tidak pasti saling tidak tumpah seperti perhimpunan sekolah. Omaigod rindunya kat sekolah. Seketika kemudian, kami dimaklumkan terdapat table kosong tapi kat smoking area. Aku pon lantak ar. Belasah je ar. Bukan semua smoke pon. Ketika makan, Afiq beremosi gara gara permintaan topup sambal chili beliau seperti tidak diendahkan. Mulutnya terkumat kamit membebel tanpa kenal erti jemu. Terganggu konsentrasi aku nak makan. Cis!! Pastu bila sambal sampai baru die tenang kembali. Situasi Afiq masa nie boleh ar digambarkan umpama bayi yang berhenti menangis setelah diberikan sepuntung rokok Malboro. Tapi jangan r gambarkan Afiq seperti bayi pulak ye. Sangat ar berbeda tahap kecomelannya disitu.

Kami kemudian melepak di Mph. Aku macam biasa ar menghaibkan diri di sudut bacaan kegemaran sementara Afiq melilau lilau bagai orang hilang punca pendapatan. Ahh, biarkan beliau. Pandai2 ar beliau bawak diri. Setelah selesai segalanya, barulah aku mencari beliau but search not found. Oke tak lawak. Aku telah menemui jalan buntu dan aku hampir2 berhasrat mengadu nasib di information counter strike. Tapi hati kecilku berbicara. Adakah beliau berhasrat bermain hide n seek denganku?? Dan misi pencarianku bermula. Langkah demi langkah aku hadapi dengan tabah. Tanpa diduga aku kemudian ternampak kelibat Andy Lau. Rupanya pandangan mataku menipu belaka. Jejaka yang kusangka Andy Lau adalah Afiq rupanya. Pencarianku berhasil tetapi harapanku untuk minum petang bersama Andy Lau hanya tinggal impian.

Oke untuk minggu ini..

Memanah*walaupun aku tak main* - Done
Membazir masa - Done

Yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Tak sabar nak balik Melaka. Pasni takyah ngadap muka Afiq agi. Segala aktiviti bersukan selepas ini tidak akan dilayan.Yiiiiihaaaa*effect tarzan*

Ikuti perbualan kami. Lintas langsung dari Sri Pentas eh eh tak dari Mid Valley

Afiq: Mane sambal neh. Lapar2.

Whyda Yang Kiut: Tenang2. Jap agi mamat tue anta.

Afiq : Alaa nak nanges ar. Uwa uwa uwa* sound effect tangisan beliau*

Whyda Yang Kiut: Nanges ar nanges. PANGGGGGGGGGGGG kang!!!

No comments: