Tuesday, March 1, 2011

kugiran.

beberapa minggu yang lalu,laptop aku terpaksa dibawa masuk ke kilang semula kerana telah mengalami kerosakan skrin yg mmg mengundang sengketa sahaja apabila aku sedang mendapat hidayah utk maraton cerita hindustan ,tiba-tiba laptop blank.

sewaktu tiba di kedai komputer yg terletak di sekitar kajang,pekerja tersebut ada bertanyakan samada aku mempunyai sebarang document penting utk disimpan sbb dia nak charge utk backup file.so didalam keadaan yg seolah-olah telah diberi pil khayal tersebut, aku menidakkannya.hendak di pendekkkan cerita,sejurus laptop kembali semula ke tangan aku yg mulus ini,kesemua lagu-lagu yg selama ini aku agung-agungkan hilang begitu sahaja dan perkara yg paling-paling sadis,mereka turut alpa utk menginstall semula software yg sering aku gunakan utk dload lagu..ehem..itu yg kita panggil tekanan people.

berat sungguh dugaan ini.jadi aku letak kesalahan ini diatas kepala pekerja tersebut.ini semua salah mereka..HO!
cakap biarlah terang dan jelas biar semantik tuh sampai kat aku yg super lembab nih!dorang tye document penting bkn lagu .bukan salah aku..bukan.

jadi kini aku terpaksa menggunakan savevid utk mengumpul semula koleksi lagu.
ini merupakan antara lagu -lagu yg terpaksa aku dload kembali disamping mengenang kembali nostalgia cinta muda mudi.watdahel aku merepek nih?aku sgt gemar dgn dua kugiran ini kerana mereka kacak..ahah..tidak..kerana suara mereka yg flat itu.


No comments: