Thursday, December 23, 2010

dimana sushi ku?

soalan 1:
apakah perkara paling menyakitkan di dunia ini?

jawapan:
tergigit lidah sendiri.

soalan 2:
apa perasaan anda ketika itu?

jawapan:
awesome aku habaq hang!

kejadian ini berlaku hampir seminggu yg lalu namun meninggalkan kesan yg begitu mendalam dalam diri ini .ketika itu,aku baru saja tersedar dari mimpi buruk.aku ingat ia hanya habis disitu..tiba-tiba di luar kesedaran,aku tergigit lidah.saat itu ,aku mula terkenang dosa-dosa silam yang mungkin masih lagi tak terampun.pendek kata,ini lah sejarah ulcer yang paling faktap aku pernah alami.

nak bersuara pon terpaksa pikir 3 4 kali .hendak berkomunikasi dgn emak tanye serbuk kopi letak kat mane pon kene berutus surat .tuh kalau ade khidmat kurier dah lame aku guna agaknya.kau jgn buat main ulcer nih..bisu aku dibuwatnya.betul tarak main-main punya.mmg suram rumah aku tanpa dihiasi dgn kelunakan suara aku yang setiap hari memeriahkan kawasan kejiranan.pak-pak arab sume mula bercerita dgn perubahan aku ini.

dari hari ke hari, ulcer aku berkembang dgn begitu mekar .oleh kerana tidak lagi mampu bertahan , aku terus mengadu di laman sosial fesbuk meminta nasihat pakar.pelbagai jenis petua di perturunkan ..dari petua tradisi seperti tabur garam sampai ke petua moden kontemperari seperti kumur listerine.

setelah hampir seharian memikirkan solusi terbaik..akhirnya aku membuat keputusan paling getir iaitu menaburkan garam di atas ulcer .semasa sesi ritual extrem ini hendak dijalankan ,aku begitu terharu kerana mempunyai famili yg tidak jemu memberi sokongan moral.adilah begitu sakan menawarkan diri menjadi cheerleader.mmg supportive yaw!

hendak dijadikan cerita,atas sebab-sebab private n confidential ,aku dikehendaki utk membelanja satu famili menjamu selera di luar.oleh kerana aku maseh lagi dibawah pengaruh drama picisan korea, seoul garden yg terletak di one utama,damansara menjadi destinasi pilihan.

pesona seorang penghidap ulcer
* muka bernafsu nadia mmg mengundang sengketa*


antara aksi2 gorgeous yang berjaya dirakamkan

akhirnya berjaya melalui saat2 sukar utk menghirup tomyam dikala mulut di hiasi setompok ulcer durjana.

**********
destinasi seterusnya , kami telah memilih alamanda pula sebagai lokasi pilihan.kali ini wang saku nadiah menjadi mangsa taruhan kerana beliau tlh mendapat dean's list sem terdahulu. alang-alang hendak menjadi pisau cukur,biar pilih tempat yg bagus-bagus sikit..since nandos is my favourite place..so..kehkehkeh~*eh-eh,sape yg DL nih?*




si gigi besi yang kaya raya..long live nadia..ho..ho..ho..merry chistmas*tiba-tiba*

its been 17 year 4 month 28 day and still counting..


************
oleh kerana along begitu bermurah hati ingin menabur duit makan meatballs di ikea jadi aku rasa amat sunat muaakad utk memuji beliau pada entry kali ini.walaupon ketika beliau tido persis paus berdarah panas yg terdampar dipesisir pantai tetapi beliau mempunyai perut yg begitu sasa hal ini kerana tubuh maskulin beliau telah dihiasi dgn double pack di bahagian tersebut.




nadiah makan mcm pengantin wa cakap lu.
oke.sushi aku jugak yg masih terkandas.tamat.

No comments: