Thursday, December 30, 2010

caption.

secara jujur aku bukan peminat bola.segala jenis aktiviti yg melibatkan bola mmg bukan kegemaran aku. sebut sahaja jenis-jenis bola..bola sepak, bola jaring atau pon bebola daging.

tetapi sekiranya ade perlawanan2 besar yg pada perkiraan aku agak sengit dan mempunyai potensi yang besar membekalkan pemain-pemain yg berwajah maskulin ,tanpa paksaan aku akan mula membeli jersi di pasar mlm berdekatan sebagai tanda sokongan yg tidak berbelah bagi.

untuk tahun ini saja aku telah mengorbankan waktu tidur dan mata rabun aku ini utk mempersiapkan diri dgn perlawanan world cup itu hari.berbekalkan minyak cap kapak digenggaman, aku mula menonton sendirian.ade juga suara-suara sinis bertanya pada aku,kenape nak tgk bola kalau tahu tak minat?

helo,aku tgk player bhai! kemahiran dorang bermain mmg terang-terang jatuh tangga yg ke2..tapi akhirnya aku sedar yg setiap pemain yg aku gemari semuanya lembek mcm donut big apple . tidak berkualiti kerana sering kali jatuh akibat mempunyai tulang kaki yg rapuh.damn,dah laa aku impikan suami yg mampu menari sambil mengangkat aku ketika majlis resepsi perkahwinan kami kelak..lantas atas faktor2 yg tidak dapat dihindari itu aku mula memandang player tanpa rupa lagi ..berat juga tanggungjawab ini.

selepas game world cup selesai ,aku tonton pula berlawanan diantara kelantan dan negeri 9.
oleh kerana aidil sudah berkahwin dan zakuan sudah berpunya,lalu aku beralih pada pemain kelantan.erm,byk pulak choice yg menarik.pada mulanya aku ingin meminati secara combo.tapi emak kate jgn tamak lalu aku aku mula membuwat survey.byk aspek yg terpaksa aku ambil kira bermula dari tona kulit..ketegapan dan bagaimana mereka mengawal rupa paras yg macho ketika di atas padang.

setelah membuat beberapa saringan,akhirnya aku memilih gol kiper kelantan iaitu khairul fahmi sebagai pemain pilihan majalah mangga utk tahun ini.

kegilaan aku ini terbawa-bawa sehingga ke perlawanan malaysia vs indonesia.kali ini aku menonton beramai2 bersama sanak saudara di sebuah kedai makan yg terletak di melaka.nadiah telah membuka pekung didadaku dgn memhebahkan cerita bhw aku meminati kiper malaysia itu berdasarkan faktor rupa semata .dah tuh xkan nak suruh aku minat sebab kuat pula,kalau mcmtue awal2 lagi watson yambek yg menjadi igauan.

setelah malaysia berjaya menewaskan indonesia 3-0 di stadium bukit jalil.
aku mula menonton perlawanan seterusnya yg diadakan di indonesia pula.letih aku menunggu bila lah agaknya malaysia ingin menjaringkan gol ini? pandang tv sampai naik kejang mata.

kiper malaysia itu begitu tangkas menangkap bola sampai tertonggeng-tonggeng atas padang.punya la huduh.tetapi oleh kerana kehandalan beliau yg tiada tolok bandingnya itu,kejelekan beliau aku maafkan.

selesai sahaja perlawanan tersebut,beliau sudah menjadi umpama satu fenomena pula.sana-sini heboh org bercerita.beliau juga mendapat rating tertinggi di twitter.di facebook pula hampir setiap saat memperkatakan tentang beliau..oke rakyat malaysia amat prihatin.

dalam diam aku mula meng google mengenai beliau.stalk pye stalk,aku jumpe blog awek dia.
dgn lafaz bismillahirohmanirrahim, aku mula membace.

tiba-tiba nadia bersuara.

" wahidah,fahmi dah ade girlfren doh! "

"tu ah,adek tgk bce blog awek dia lah nih."

nadia menjurus pandangan sinis

hoi,makan sorang nampak.. bukan nak cakap!!

eheh~

beberapa minit kemudian,along keluar dari bilik sambil memperbetulkan kain pelikat pink beliau lalu berkata..

" awak tau awek khairul fahmi ade blog?"

aku dgn nadia..

"woi...makan sorang!!!!!!"

punyelah letih aku nak melayan blog awek si kiper nih..habis setiap entry die update pasal boifren die saje.

well,teman lelaki gol keeper malaysia pulak..kau mampu?



********
baru-baru ini aku telah pergi bermandi manda di A famosa waterworld di melaka bersama saudara mara . bergerak bersama mereka, aku dapat rasa aura artis disekelilingku. silap -silap haribulan, self confident pun boleh jatuh tergolek-golek..masing-masing ade sunglasses beli kat uptown..aku?.sob-sob.

memandangkan aku kini sedang menuntut ilmu di Jamaica jadi aku buwat keputusan utk bercuti di Malacca.eh kau tgh try buwat lawak ye wahidah?

gay are allowed

*begitu gembira mereka membedal sandwish aku*
selepas.dah mcm mangsa keracunan makanan
terbaik yaw! ayuh kite spot jerawat tegar. terima kasih diucapkan kepada penaja kami iaitu cik norlia dan cik hayati.
*dan-dan cik pula sekarang*

ape sebenarnya insan ini sedang cuba lakukan????
kurang kesedaran sivik .pampers anak pon letak merata!
f
v
betis flawless yaw!
detik cemas dimana faiz menggunakan sepenuhnya bakat life guard yg terdapat dlm dirinya utk menaikkan nadiah ke atas pelampung.ada hati nak ajak aku pergi tempat dalam.katanya,apa kita nak beritau anak cucu kita nanti kalau waktu muda kita tak mandi kat tempat dalam!
what?

kau tgk 2 ekor tuh boleh main tinggal jer!!
inilah posisi yg nadia impikan.
wajah ibu-ibu yg mengabaikan anak2 nya.
apa cerita ibu dlm pelampung manakala anak2 terbiar di luar?
spot anything?
dasar hantu air.kolam hotel pon layan.
waktu ini aku sudah selamat berlabuh diatas katil.lantak org nak ckp mcm pari ka..ikan kap ka..
berbola di malacca
freelance utk cover CD newboyz
oh boi,i had enough~

No comments: