Friday, September 28, 2012

girl who talk.

sekejap saje dah nak masuk tiga minggu aku mengabdikan diri di uitm shah alam. aku mula mendaftar kolej pada hari sabtu pagi dgn hanya membawa offer letter,sijil dan x-ray yang tak pernah diminta hingga ke hari ini.hal ini masih lagi menjadi tanda tanya.apakah uitm ingat aku pergi  buat x-ray tuh percuma atau mendapat tajaan company nestle? bercucuran  air mata wanita aku waktu nurse bagi bill yang tertulis amount rm57.nilai mata wang yang pada hemat aku bisa  mengaburi mata dan jiwa rakan-rakan aku yang dahagakan duit ptptn yang masih belum kunjung tiba.

tidak pernah aku sangka yang begitu ramai anak gadis seusia aku begitu teruja ingin melanjut kan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.bukan setakat anak.sekali dengan makbapak atok nenek diangkutnya.peluk-peluk tangkap syahdu sume siap!heh macam anak nak pergi belajar agama kat Sudan .anak-anak pun satu hal, depan parent je sedih,elok orang tua blah,mereka sibuk berWhatsApp ajak karaoke kat Plaza Perangsang.

blok kolej jgn cakaplah padatnya.mampat mcm tahu sumbat.aku yg tak bawak apa-apa ni terpaksalah mengalah terkepit ke tepi dinding yang dipenuhi dgn ayat-ayat kesat kerana tak lepas balik hujung minggu lantaran ada  aktiviti insaniah yang perlu dihadiri.dari ground floor sehingga ke 4th floor menyelit je lah.oh ya.aku dapat bilik tingkat EMPAT.pergh,dah qualify utk join jadi body builder.lepas ni kalau kene bambu dengan lecturer pun hati kental je.tahan lasak katanya. aku tgk keadaan bilik takdelah mcm kem tentera.bolehlah nak dibuat tempat berteduh.tapi katil jarak-jarak.dapat ke aku mmg modified abis semua.gila kau nak tido jarak-jarak.aku ni dahlah elegik dgn paranormal.

hari pertama sesi pembelajaran aku dah datang lambat.check jadual kelas, malam sebelum lagi.die tulis kelas kat menara.aku dah nampak dua ketul menara betul-betul depan bilik aku.esok pagi semangat satu macam aku nak ke kelas.siap jalan pun depan sekali mcm expert tahu jalan.sekali terserempak dgn ex senior waktu kat uitm melaka.die cakap menara aku jauh.kene naik bas.

taknak beratus pulak bas dalam uitm ni.dah lah tak tahu menara itu secara spesifiknya kat mana.mmg  main gila.bila tiba di destinasi yang ingin dituju.menganga mulut pandang bukit ...sejak bila aku ada minor subjek hiking ni?tinggi wa cakap lu.penat pakai baju kurung comey-comey,aku pandang kaki,fuh mujur pakai sandal,kalau dibuatnya kami pakai kasut tinggi mmg berpontensi besar dpt cancer tumit.

tapi basically  kelas aku semua kat faculty.kalau tidak mmg cukup satu sem aku quit.kawen muda je lah.sem ini aku ade 9 subject.dalam otak dah lah separuh hati je nak buat degree. tapi bila da nak sambung macam-macam hal pun nak jadi.dorang mmg suka mainkan hati dan perasaan aku.tidak kah mereka tahu yang aku ini berjiwa halus mcm bapok.waktu nak reg course bukan main susah sampai kene ulang alik pergi office fac.
staff kat fac tu hari-hari mengadap muka aku yang comey nih kalau boleh buat jatuh cinta takpe jugak,ini naik muak ada lah!

tiba-tiba rindu uitm melaka.