Saturday, July 10, 2010

warkah ulang tahun

tarikh: 11 julai 2010*tarikh barangkali tidak sama seperti yang telah di setting di blog*
lokasi: bilik usang dipenuhi sawang

dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari jadi yg ke-19 buwat afiq rifhan bin ramli atau name manjanya dikalangan warga bangi ialah a'an dan a'ah*lawak expired*

beliau amat bernasib malang kerana mempunyai kenalan comey seperti aku yg seringkali gagal memberi besday present hatta sebiji sugus .hal ini kerana, aku kini sedang menghadapi krisis kewangan yg sudah mencapai tahap membimbangkan.
bagi mengawal bajet bulanan,aku telah memikirkan alternatif lain utk mengelakkan mista rifhan berkecil hati lalu tidak ingin belanja aku nandos yg baru saja membuka francais BARUNYA di kkb lagi. alternatif lain yang diambil hanya lah menghasilkan warkah berunsurkan fitnah ini.

afiq rifhan, cuba anda bayangkan sejenak jika rayuan anda untuk menukar uitm dulu tidak diendahkan, sudah pasti di kala ini anda berada di uitm arau sedang berlinangan air mata menyambut kejutan hari lahir sendirian tanpa ditemani rakan sepeleseran dan insan yang hot seperti saya.dan cuba anda bayangkan lagi jika anda tidak sewenang wenangnye mereject interview medic di indon.sudah pasti ketika ini anda sedang mempersiapkan diri dengan bahasa indon dan malam malam anda bermimpikan bunga citra lestari dan luna maya.tapi semua itu kini telah pon menjadi kenangan.kini afiq telah selamat berada di uitm shah alam ber roomate kan kamcing2 beliau di mrsm kkb dulu.elok sangat la tu.tiap tiap malam la ber boys talk eh.talk talk jugak study jangan lupa*ayat bajet bagus*.eh untuk makluman anda saya da kurang baca novel tau.*tiba2*.

Sempena ulang tahun anda yang ke-19 ini, izinkan saya mengeji anda sedikit. untuk pengetahuan kalian, suatu ketika dahulu afiq pernah memaklumkan kat aku bahawasanya beliau lahir semasa dato' mokhtar dahari meninggal dunia. eh korang tau tak siapa dato' mokhtar dahari nih??? beliau merupakan lagenda bola sepak malaysia.oke sambung balik cerita tadi.kerana terlalu obses pada sukan bola sepak afiq telah mengencing/menggebang/mempersendakan aku dengan mengatakan bahawa kelahiran nya boleh diibaratkan kelahiran semula arwah mokhtar dahari.perasan mokhtar dahari junior ar nih.cis kek btol!!

afiq, apakah yang anda mahu di hari jadi yang ke 19 nih?? Harga hadiah wajiblah bawah rm10 kerana dikhuatiri beliau meracau racau memaksa aku menghadiahkan jersi ataupun kasut bola. Adakah mengenali saya yang hot ini telah pon anda anggap seperti hadiah yang tidak ternilai?? wahh.nampak sangat saya seakan akan mengelak dari memberi hadiah.busuk sungguh hati saya.usahlah anda gelisah saya akan berusaha mencari hadiah yang meaningful seperti yang saya dapat dulu kala.

oke, sebelum saya mengakhiri warkah ini, izinkan sekali lagi saya memberi sedikit kata kata berberbentuk amaran*besday boi pon kene amaran*.selepas saya msg nombor baru saya esok.sila jangan gedik gedik msg pukol 2,3 pagi k.hal ini membuatkan saya terjaga dari tidur dan sukar untuk lelap kembali dan cenderung untuk melihat ke luar jendela seterusnya membayangkan makhluk2 ghaib. secara tidak langsung, dalam keadaan separa sedar saya akan memaki maki di dalam hati individu tersebot*afiq rifhan bukan nama sebenar*.

hepi besday afiq!!!
tahukah anda afiq rifhan begitu feeling ketika menyanyi???

1 comment:

siti said...

hak3.. mamat nie pernah jadi boyfriend saya masa d MRSM kk ;D