Tuesday, May 22, 2012

sometimes i'm so sweet even i can't stand it.


you know you're in love when love song start making sense.



Saturday, May 19, 2012

rombakan 2012

i am a big girl in the big world.

memandangkan aku sudah masuk umur 21 tahun .jadi wajib utk aku melakukan perubahan secara berkala dlm diri ini.

urusan hidup dan masa depan bukan lagi satu hal yang main-main. aku takut kalau aku buat keputusan yang silap hanya kerana ambil mudah ttg sesetengah perkara. 

aku takut kalau aku menangis nanti.

kalau aku menangis..itu mmg hal serius.


byk perkara yang perlu diubah...

habit. 
kehendak.
timing. 
condemn.
novel.*this is a serious matter. yes-yes.urghh*


beri aku masa.sedikit masa.mungkin banyak.

aku nak kejar cita-cita.

aku nak kejar angan-angan.

tolong beri aku kejar!

                                                                                                                                 
                                                                love,wahida.















Monday, March 19, 2012

uitm dihati ku?

yah..yah..aku sudah tamat pengajian di uitm,lendu,melaka setelah hampir 3 tahun jugak lah aku terdampar di sana.tetapi sehingga kini aku masih solo lagi.lecturer-lecturer kat sini sume pakat nak kapel dengan rakan sekerja saja,manelah nak pandang gadis sunti lagi gebu macam aku ni.

"kau pandang lecturer buat ape..cube pandang student!"

apak hang,student kat sini sume kuat nangis,waktu koko pun selalu buat2 pengsan sebab tak tahan kawat kaki tengah panas!

berbicara tentang tenaga pengajar,aku pernah meminati seorang lecturer ni,die ajar aku waktu part 3 and part 5 .die sangat lembut..eh..eh..bukan..bukan lembut macam hidupan laut.lembut yang sasa..aih ape aku describe ni..dah mcm ade selit unsur yang memerlukan parental guide je.

die mengajar pun relax je.terang pun baik-baik je walaupun haram jadah aku tak ambik port waktu die mengajar. duduk dalam computer lab..mmg hanyut dalam arus pemodenan alam siber lah gua.waktu tu mane ade org sibuk ber bbm lagi..tak famous mcm sekarang..eleh,aku cakap mcm lah aku ni pengguna blackberry.

yang tak syoknya belajar kelas die selalu kene buat mende2 technical yang ade dalam computer..aku ni tahap bebal mmg gred A.
jadi selalu aku panggil die suruh ajar..ewah,skill nak meng adjust anak bujang org tu penting.nak belajar mengorat meh menuntut dengan aku,mane tahu one day aku boleh keluarkan buku

"adjust your lecturer for dummies"

tapi itulah..sorang pun tak lekat..pro tak pro lah aku ni.

seronok dgn sir ni..die kalau beri tujuk ajar kat artwork aku,within 5 minutes ,

eh..dah siap sir?!*buat-buat terkejut*

ketabsuban aku pada die mula bubar pada suatu petang yang hening.

eh bubar ke pudar?aku pun dah keliru,punyelah patah seribu hatiku sampai nak bila ayat pun dah tak reti.


begini,petang itu aku pun tak tau apahal kelas aku bising die dah mcm buat demostrasi jalanan.agak tak terkawal.aku pun buat dek je.sibuk dengan laman sosial sampai tak peduli ape jadi kat kelas.kuasa telepati aku takde pula beri signal apa-apa.

tiba-tiba...aku dengar suara yang menengking sampai terdiam satu kelas termasuk aku yang sememangnye diam je dari awal kelas..sibuk mengintai classmates main farmville kat meja depan.

"kamu tahu tak kelas ni dah macam pasar?!!!!"

automatik die baling marker kat tangan...fuh lagi sikit nak kena aku !

dengan kelajuan cahaya dalam vakum yang dianggarkan 299792458 meter sesaat ini,

pergh! berpotensi besar aku menang pakej penginapan hospital kerajaan melaka 3 hari 2 malam.

kalau kene,sia-sia aku tatang bagai minyak yang penuh muke aku yang gorgeous ni selame 21 tahun hidup di muka bumi ini alik2 kena baling dgn batang marker.

sejak dari peristiwa itu aku terus was-was utk menyimpan perasaan dgn die.ahaha.

aku sangka kan die ikan koi yang tampak cantik dan membawa ong,

rupe-rupenye.Piranna!!

dan semester seterusnya rakan seperjuang aku tiba tiba berkata,

sir dah bertunang.

you have no chance,man!

ala,tak menyempat-nyempat,kalau iye pun tunggulah aku blah dari lendu dulu!


****
itu lah salah satu kenangan di uitm yang penuh rencah asam garam pahit manis yang kalau di gaul bersama dah boleh buat hidangan lengkap makan malam.


tapi its okey sbb aku mempunyai rangkaian member yang sungguh awesome yang menerima aku yang serba serbi banyak kelebihan ini.






surround yourself with people who know you worth!

wrap for part 6.

jumpe kat shah alam!

Saturday, February 4, 2012

Tuesday, January 31, 2012

yo!

assalamualaikum ,salam satu malaysia.

pagi ini aku bangun awal kerana Puan Norlia yang gorgeous salah kejut.
secara am nya beliau ingin mengejut adilah atau name timangannya si tompok.tetapi aku tidak menyalahkan emak seratus peratus atas kesilapan teknikal tersebut lantaran saiz tubuh badan dilah semakin memgembang dari hari ke hari seperti belon panas yang terbang bebas di udara.

kesan dari kesilapan itu,aku terus terjaga. bila terjaga terus ingat nak breakfast bijirin berkhasiat tetapi malangnya harapan tinggal impian.perut ku yang berbunyi diabaikan tanpa perhatian masyarakat.tengok kucing jiran sebelah punya whiskas pun boleh tahan.tangan gagal nak rembat lepas tuh campur dengan susu low fat..yummeeeh.

sesi treasure hunt pun bermula.start dari peti ais sehingga ke beg tangan untuk mencari sesuap rejeki.

alhamdullillah berbekalkan keazaman dan iktikad..aku berjaya menemui segulung hudson berperisa honey lemon utn dijadikan santapan di pagi hari.

tengok barat tak barat juge gua nih sarapan gula-gula!

*************
selesai makan aku terus buka youtube utk menyaksikan siaran ulangan anugerah juara lagu.biasalah aku nih workaholic sgt sampai tak sempat nak tgk siaran secara live.

start dari arrangement lagu ,konsep persembahan sehingga ke make up muka setiap penyanyi itu,aku akan comment sorang-sorang dalam hati.nak comment terang-terangan mcm tak layak pula kerana aku mempunyai record ditendang keluar dari kumpulan nasyid al-balqis suatu masa dahulu gara-gara membawa suara ramli sarip.

habis utk tahun ini,aku buka ajl 2002.'siti nurhaliza-bicara manis menghiris kalbu'. aku dgr lagu ini waktu darjah 5. zaman baru start bercinta dgn anak jiran belakang rumah.kalau dengar lagu ini mmg berperasaan habis.bergolek-golek atas katil mcm little mermaid.haih..rase diri ini mcm princess habis!



aku pun dengar balik sambil imbas balik kisah percintaan.dengar punye dengar..

karipaaapppp!!!

lagu putus cinta ke yang aku dengar dulu...

mmg padan aku kene tinggal !



Thursday, December 29, 2011

move on.

I got hurt.

Really hurt.

And sometimes when it happen,something inside me shut off.


keep hoping!
one day,maybe we'll meet again. (^_^)v

Saturday, December 10, 2011

hello

aku merupakan pelajar semester akhir.jika sesiapa yang mengambil course yang same seperti aku pasti mereka sekarang tgh berbaring menghadap laptop bagi mengikuti rancangan ulangan master chef diatas tilam yang empuk sambil mengunyah keropak sira lemau yang telah luput tarikhnya.

jika hendak dibandingkan semester ini dan semester lepas,semester lepas,aku hendak wish good morning sunshine kat apek rumah sebelah pun tak sempat der!anjing die goyang-goyang ekor pon aku pandang sebelah mate. punye lah workaholic.

namun tidak kini.aku sangat lepak..al maklumlah kelas sekali seminggu.ada sesiapa yang ingin hire aku untuk menjadi bos mereka tak?kalau tiada, aku rase ade baeknya aku derma diri ku yang jelita ini di muzium patung lilin saja.

oh ya,baru-aku ini kita digemparkan dgn tayangan filem ombak rindu.oh yeah.
sebagai romance novel freak,expectation aku terhadap filem ini sgt tinggi.

beli tiket DUA hari awal oke!
dapat seat pon best-best je.masuk panggung pun 15 minit awal..menangis hiba emak melihat kesungguhanku ini.

sepanjang dua jam didlm panggung,aku dihidangkan dgn scene2 yang sedih,romantik dan separa porn.tak cukup dgn itu,pasangan couple sebelah aku pon sibuk nak bercinta same!bergegar2 seat aku dibuatnya.hello,go get a room lah weh.

menurut pemerhatian aku,cerita ini hanya dapat 5/10.

c'mon,malaysia film producer..impress me lah!

u can do it..hungga-hungga!

sebagai rakyat malaysia yang berjiwa sastera,aku sentiasa menyokong industri seni tanah air..what?