salam perantauan.
sejak akhir-akhir ini byk betul perkara yg terpaksa aku galas.sekejap ke situ sekejap ke sini.buat itu buat ini sehingga terlupa dgn tanggungjawab sosial utk membawa insan-insan yg kurang ilmu fekah datang melalaikan diri di blog yang penuh informasi ini.ramai yang berpusu-pusu datang menziarah di blog yang boleh dianggap seangkatan dgn gerbang student portal ini walaupun aku jarang mengemaskini.
pagi ini saja aku terpaksa bangun awal gara-gara farah adilah atau nama kpopnya si tompok meminta aku menterbalikkan telur gorengnya di dlm kuali.
cis!sengaja hendak menyuruh aku mencarut di subuh hari.
********
semester ini kami dikehendaki mengambil satu subject yang di gelar
ENTREPRENEURSHIP!!!perrrskkk..pommm.*effect mercun bunga*
subject ini begitu mencabar pada aku yang kurang ilmu usahawan di dada walaupun gemar meniaga secara haram di kolej suatu ketika dahulu.
selain subjek ini,ade jugak subject-subject lain seperti event,flash,comm ,video dan marketing.group aku terdiri daripada empat org sahaja.dan setiap subject kami stick bersama. memandangkan kami tidak gemar melakukan diskusi kumpulan yang sering melambatkan proses kelancaran assignment dan berpotensi berlaku pencakaran diantara ahli kumpulan, dgn penuh kepintaran kami telah mengagihkan kerja group utk dibuat secara individu oleh setiap ahli kumpulan.
aku dapat subject entrepreneurship kerana sahabat aku kate aku ade ciri-ciri seorang entrepreneur..err..apakah?
pang pung pang.
assignment yang selame satu semester aku kepam akhirnya siap dalam mase 2 hari sahaja.
hari presentation pun tiba.masing-masing bersiap mcm nak pergi interview syarikat korporat di ibu kota.
malangnya,kami hanya perlu present di dlm lecturer room sahaja.
mmg aku gemar pakai baju kemeja tuck-in dlm bilik pensyarah weh!
sesi presentation berjalan dgn lancar sehinggalah sampai ke bahagian graph yang menunjukkan syarikat yang aku tubuh rupa-rupanya muflis dan menanggung byk hutang..bingo!
terkelip-kelip mcm lampu neon mata meminta moral support dari rakan-rakan seperjuang.
mujurlah masing-masing perpengalaman luas dlm arena menggebang dan mempunyai kepakaran dalam menggoreng idea.
goreng punya goreng akhirnya report kami diterima tanpa perlu dibuat semula..yay!
nervous presentation entrepreneurship kalah nervous nak mintak couple.
great,presentation entrepreneurship berjaya buat aku terdiam depan lecturer selama 6 saat.
terima kasih ya allah, present dlm lecturer room.tidak mampu daku bayangkan kalau the whole class nampak aku tergagap-gagap waktu itu . fuh, on the spot beli tiket air asia pergi korea buat plastic surgery.
wrap for part 5..yaribbba!
Wednesday, September 21, 2011
Monday, August 1, 2011
so long.
Monday, July 18, 2011
rewind.back in 2001-2003.
apa khabar org kajang-bangi sekalian?
hari ini seawal pukul 6 pagi emak telah mengejut aku utk menghantarnya ke sekolah. sebagai anak yg berpotensi besar utk dicalonkan dlm program realiti ustazah pilihan,aku turut kan saja.
dipertengahan jalan,aku meminta bonda membuka radio.
tetapi gara-gara malas nak bergerak, emak enggan menuruti perintah ku.
sentap.
akhirnya aku sendiri menekan punat radio lalu menukar siaran suria fm.
tiba-tiba bonda bersuara" mak pagi-pagi biasa dgr yassin ."
panggg! wahidah sila gantung diri sekarang.
sejurus selepas meninggalkan emak di perkarangan sekolah,aku terus memandang meter minyak yg masih penuh. niat hati ingin pergi drive thru mcD,malangnya nadia telah songlap wang aku sejak dari awal pagi lagi.
cisdale,tangkas sungguh beliau bertindak.
lalu dgn hati terluka aku pulang semula ke sarang..sob-sob.
sampai dirumah,terus bukak facebook.chatting dgn geng lama.oh ya,sangat lama.
berbalik pada tahun 2001-2003.
tahun itu aku mula mempunyai kawan yang masing-masing perangai mcm seth tan.
we're very close friend.
introducing you..tada!
mereka berdua ini lah antara insan-insan yang kenal aku sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
yang tgh-tgh ini namanya farahanim tapi biasa dipanggil farah..aku rase aku je gigih sebut name faranim dari dulu baru rase istimewa sikit.yang lagi sorang,namenye ainun raihan.
to be frank,mereka sgt pandai.kami satu sekolah tapi lain kelas.mereka kelas pertama jadi selalu dapat nombor hujung.ahaha.sgt pandai!
aku kelas kedua,tapi selalu dapat nombor top 3.jadi boleh diklasifikasi sebagai sedarjat.tuee diaaa..tak nak kalah!

kami tinggal di satu tempat yg dipanggil RUMAH GURU iaitu rumah yg di provide oleh goverment. disitu lah bermula bibit-bibit hubungan percintaan luar tabi'i kami.
seperti yang pernah aku cerita sebelum ini,aku gemar keluar main tgh-tgh hari buta.jadi tempat transit aku biasanya rumah mereka..tapi aku lebih kerap dirumah ainun sbb bonda nya provide ice-cream.ahah.sementara tunggu petang,kami tgk tv dulu takpon lepak main buaian kat rumah jiran.sgt tak tahu malu okey!
sudah menjadi routine bagi kami utk bermain satu permainan ini yg dipanggil rounders.biasanya kami main sesame perempuan tapi kadang-kala kitorang maen dgn budak lelaki.sumpah mereka tak bagi can langsung pada kami yang lemah gemalai ini.sungguh tiada sifat gentleman dalam diri.sekali mereka ada peluang maen,jgn berani kau bermimpi utk menang.sekali diorang libas bola, boleh ke dalam semak perginya.mmg kalah hilang maruah dikerjakan..depress.
biasanya kemana-mana kami pergi pasti bersama.tapi kalau salah seorang tiada..
siaplah!habis di jaja cerita fitnah.

see.bak kate pepatah org muka baby face mcm aku selalu dilempar kata-kata tohmahan.
mereka juga insan yg bertanggung jawab menghasilkan parut2 kekal di kaki aku yg mulus ini.asal main tak pernah tak tergolek sana-sini.
kalau sehari tak keluar rumah mmg penyakit keturunan lah tuh.
balik rumah lewat siaplah..kau tgu je ayah aku naik angin..pergh, bergegar atap-atap kat rumah guru tue der! tapi kalau aku tgk arwah encik jamel syok memborak dgn member die kat luar rumah...makin extend lah duration utk aku berjimba.

kalau time birthday pulak,waktu tuh la,khidmat dorang diperlukan.kitorang sanggup pergi dari satu ke satu rumah jiran utk jemput anak2 dorang pergi birthday party.kalau nak beli hadiah,kami gemar ke kedai yg diberi nama WAWASAN.dorang mesti bawak aku sekali tapi x beri aku tgk hadiah..apadahal??
lagaknya mcm nak beri aku samsung galaxy tab saja.namun aku tabahkan hati,menunggu hadiah diberi.elok sahaja sampul hadiah dibuka..Huwaaa..Frame Gambar je rupenya..pek!
tetapi memandangkan korang dah beli dgn bersusah payah aku redhai segalanya.aku pon pamerkan senyum plastik.aha,memilih!sekarang apa pon tak dapat. semua main wish kat facebook jer.dah berkurun tak celebrate.*sigh*

empat dari kiri:ainun.
tiga dari kanan :farahanim.
aku yg bercangkung tiga dari kanan.
waktu nih darjah lima kitorang camping kat gunung senyum yg seram.
dulu kitorang mmg active satu macam.semua perkhemahan nak di join nye.memang berbeza gila aku dulu dgn sekarang.
zaman sekolah rendah mmg zaman kegemilangan aku .serius.
tolong lah percaya yang aku pernah jadi pengerusi tunas puteri..tolong lah percayaa!!!*begging*huwaa..aku pun tak percaya dgn kebolehan diri sendiri.aku cerita kat housemates aku yg aku pernah dapat johan pertandingan bercerita peringkat zon waktu kat pahang pun mereka pergi libas bantal ke muka aku yang innocent ini ..grrr~
kepada ainun dan farahanim ,
"kalian lebih tahu bukan apa yang hak dan apa yang batil..tolong lah buktikan pada dunia yang aku ini sgt berguna suatu ketika dahulu..sobs."


semua mende kami buwat mesti bersama sampai result upsr pun same..tpi upsr je lah..masuk pmr and spm mmg tak lah kan.mereka bertahan..aku dah kecundang.ahah
masuk sekolah menengah kami dapat sekolah berasrama yang di beri name seri..mmg berseri-seri lah awal masuk tuh..pastu start 2-3 hari aku dah panas enjin melalak hendak pulang ke pangkuan keluarga..aku seret ainun dgn farahanim..masing-masing hati tak kental..tapi bertahan jugalah aku setahun kat situ lepas tuh aku cau pindah tempat lain. ainun bertahan kat situ sampai form 5 manakala farahanim berpindah ke tunku kurshiah waktu form 4 tetapi kembali semula ke sekolah seri setelah membuat kenyataan yang cikgu di sekolah barunya umpama singa lapar.mana lah x jadi singa kalau dpt student yang kuat berhibernasi mcm kau!
aku syak farahanim dan ainun mmg tak boleh dipisahkan..mereka sama2 belajar di upm n major in mathematic..fuh,kirim salam awal-awal lah weh gua nak join.baek aku duduk diam-diam dalam course aku yg indah ini.
mmg dari sekolah rendah aku tau yg mereka berdua nih mantap subject kira-kira.
kalau dorang dapat A...aku dapat C..
kalau dorang dapat A..aku dapat C-
kalau dorang dapat A..aku dapat D.
okey cukup..makin panjang aku cakap makin cemerlang pencapaian matematik aku.
tapi upsr aku dapat A wa cakap lu ..miracle kan?
aku cau dari rumah guru waktu form 1.sedih juga.tapi ainun menangis..pergh,mcm mati laki!! byk sgt lah tue dosa silam beliau dgn aku.
ahhh!.how good its feels.the hand of an old friend.
miss u guys. miss our ol' time together.
p/s: sorry for the immature behaviour once*mengumpat thingy*.my bad.
love,whyda.*amacam tangkap leleh tak?*
Sunday, July 10, 2011
vote for masscom MT's~
Thursday, June 30, 2011
hello.
hari ini kelas aku start pukul 4.30 petang tetapi seawal 7.30 pagi aku telah bangun gara-gara seekor lipas durhaka.
kisah bermula disuatu pagi yang seram.aku dikejutkan dgn suara halus anak mami yang tiba-tiba menjerit nyaring.duh, sendiri mau igtlah kalau suara org utara menjerit bagaimane stailnya..kebas telinga.
pada mulanya aku ingin menyambung semula tidur yang tergendala gara-gara jeritan mistik faten hana.tetapi memandangkan beliau merupakan bekas roomate aku sewaktu kami tinggal di kolej dulu,aku gagahkan juga diri dlm aktiviti membanteras serangga perosak itu tadi.serangga ini pun satu hal..nak keluar pagi-pagi buta..mmg mengundang angkara.
dengan nilai-nilai ukhwah yg telah diterapkan sejak zaman kanak-kanak lagi,aku mengambil ridsect utk dijadikan sandaran dlm pergelutan ini.rakan-rakan seperjuang yang lain turut tampil memberikan kata-kata semangat kepada faten hana yang telah terperangkap bersama lipas didalam bilik air.
nan cheese!!
semua pas pada aku suruh jadi pussy cat doll selamatkan faten hana.apakah mereka lupa yang kucing pun aku takut apatah lagi lipas... gila mental disorder.
mereka semua gigih pujuk faten hana utk keluar dari bilik air tetapi tiada siapa yang ingin memujuk aku yg terpaksa berhadapan dgn lipas.cis!tidakkah mereka nampak tanggungjawab berat yang sedang aku galas ini ?waktu join perkhemahan tunas puteri di hutan simpan pun tak segetir ini.
pang pung pang .
fuh setel.
lipas mati. faten disahkan selamat.
tapi aku berani bet,komfem rosak saraf lipas dgr faten menjerit..lullaby.
***
dulu zaman-zaman aku masih lagi sekolah asrama asal ada subjek yang aku tak siap homework, automatik aku lesap.tak rela aku membiarkan diri ini menjadi mangsa abusing oleh tenaga pengajar yang umpama singa lapar.sampai ada yang suruh mak aku beri aku pil pintar..duh..rosak!
memandangkan hampir tiap-tiap hari tak siap kerja rumah,tiap-tiap hari jugalah aku tak masuk kelas .kebiasaannya aku akan lepak kat kelas sebelah takpun mengintai minah rempit dating belakang blok..dapat tonton wayang percuma.agak-agak tayangan yang memerlukan parental guide.. aku boleh tolong sergah.kitorang mmg suke spoil kan mood pasangan yang sedang bermadu kasih.tapi kadang-kadang kalau rajin, kitorang tolong dendangkan lagu jamal abdillah utk naik kan mood romantik.siap buat medley lagi.
aku baru nak mula intro
"bila kekasih..
mengingkap tabir cinta..
tiada terbatas..
dengan kata-kata..''..
terus dorang lari tak cukup tanah..ape teruk sgt ke aku nyanyi?
kecik hati gua!
pengalaman mendewasakan kita.sekarang susah nak ponteng,sume maen sign attendant.kini aku stuck dalam kelas flash kene belajar create website sendiri.semput otak.dari create website sendiri adalah lebih bagus aku bukak website yang telah di create oleh mark zuckerberg.
bukak-bukak je facebook ajak member sebelah pergi makan .
itulah gunanya networking website..
connecting people.



tata.
Thursday, June 23, 2011
kembali rangup~
hiyya.wasap nigga?
pepatah ada mengatakan
"menuntut ilmu biarlah hingga ke negeri china"
malangnya.. melaka yang ikut highway hanya 1 jam ini pon dah boleh buwat hidup yang aku lewati semakin lemau dari hari ke hari.
setiap pagi aku bangun dan berfikir..
apa yang aku patut buwat hari ini?
apa yang aku dah berjaya hasilkan sepanjang dua dekad aku di atas bumi yang fana ini?
apa sumbangan aku dalam era globalisasi ini?
adakah aku dah cukup berkhidmat utk negara?
memikirkan semua ini membuwatkan masalah resdung semakin menjadi-jadi.
jadi aku utarakan masalah ini kepada sahabat handai yang masih tidur dikala matahari sudah 180 darjah atas kepala.kebahangan rumah kian terasa ditambah pula dgn segenap isi rumah yg rata-ratanya kurang ilmu ukhrawi didada.
rakan-rakan ku kejut satu persatu.masing-masing liat seperti lempung.
mujur salah seorang darinya sanggup menjawab walaupun dibawah separa sedar serta pipi dilingkari air liur basi yang berjaya di hasilkan sepanjang malam.
jawapan ikhlas yang di perolehi
"aku rase engkau patut makan sekarang"
oh.oke.
maka dengan berbekalkan pengalaman makan tanpa henti selama 5 jam lamanya..kami segera bertolak seawal 10 pagi menuju ke bandaraya utk menjamu selera di sebuah pusat membeli belah yang menjadi kebanggaan siswa-siswi uitm,lendu,melaka.





"as a child my family consisted of two choices: take it or leave it."
eh,stupid girl..just take it lah!
Sunday, June 12, 2011
nice guy finish last~
hellooo everibadeh how ya doing?
did u watch nora elena?
what..?
u did?
aku pun.
cerita ini merupakan salah satu drama melayu yang yang berjaya memperdaya anak-anak gadis atas 18 tahun dan juga wanita lanjut usia utk duduk menepek di depan kaca televisyen setiap hari isnin hingga khamis pada pukul 7 mlm sampai lalai dgn tanggung jawab dalam rumah tangga.
aku salah seorang mangsanya.setengah jam sebelum cerita start ,segenap isi rumah sewa stand by depan tv.malangnya saluran tv 3 kami signal tak clear namun kami tidak berputus asa.dapat dgr suara seth tan pon sudah memandai. masing-masing pakat cair tgk seth punya muka inesen.
tapi itu drama.dalam real life tiada mende tahyul ini.
duniawi belaka.
tapi mcm dah jadi kebiasaan pula wanita lebih teruja dgn lelaki yg stok kurang budiman.sehinggakan yang ready made budiman rasa tersisih dan tidak bermakna lalu berubah mengikut kehendak gadis-gadis.tapi bila dah jadi kurang budiman,gadis-gadis rasa tak dihargai pula.mungkin sebab gadis ialah ununderstable creature kot.
kepada jejaka budiman..lu stay tuned jer.dorang tak kemana nya.
did u watch nora elena?
what..?
u did?
aku pun.
cerita ini merupakan salah satu drama melayu yang yang berjaya memperdaya anak-anak gadis atas 18 tahun dan juga wanita lanjut usia utk duduk menepek di depan kaca televisyen setiap hari isnin hingga khamis pada pukul 7 mlm sampai lalai dgn tanggung jawab dalam rumah tangga.
aku salah seorang mangsanya.setengah jam sebelum cerita start ,segenap isi rumah sewa stand by depan tv.malangnya saluran tv 3 kami signal tak clear namun kami tidak berputus asa.dapat dgr suara seth tan pon sudah memandai. masing-masing pakat cair tgk seth punya muka inesen.
tapi itu drama.dalam real life tiada mende tahyul ini.
duniawi belaka.
tapi mcm dah jadi kebiasaan pula wanita lebih teruja dgn lelaki yg stok kurang budiman.sehinggakan yang ready made budiman rasa tersisih dan tidak bermakna lalu berubah mengikut kehendak gadis-gadis.tapi bila dah jadi kurang budiman,gadis-gadis rasa tak dihargai pula.mungkin sebab gadis ialah ununderstable creature kot.
kepada jejaka budiman..lu stay tuned jer.dorang tak kemana nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
