Thursday, December 30, 2010

caption.

secara jujur aku bukan peminat bola.segala jenis aktiviti yg melibatkan bola mmg bukan kegemaran aku. sebut sahaja jenis-jenis bola..bola sepak, bola jaring atau pon bebola daging.

tetapi sekiranya ade perlawanan2 besar yg pada perkiraan aku agak sengit dan mempunyai potensi yang besar membekalkan pemain-pemain yg berwajah maskulin ,tanpa paksaan aku akan mula membeli jersi di pasar mlm berdekatan sebagai tanda sokongan yg tidak berbelah bagi.

untuk tahun ini saja aku telah mengorbankan waktu tidur dan mata rabun aku ini utk mempersiapkan diri dgn perlawanan world cup itu hari.berbekalkan minyak cap kapak digenggaman, aku mula menonton sendirian.ade juga suara-suara sinis bertanya pada aku,kenape nak tgk bola kalau tahu tak minat?

helo,aku tgk player bhai! kemahiran dorang bermain mmg terang-terang jatuh tangga yg ke2..tapi akhirnya aku sedar yg setiap pemain yg aku gemari semuanya lembek mcm donut big apple . tidak berkualiti kerana sering kali jatuh akibat mempunyai tulang kaki yg rapuh.damn,dah laa aku impikan suami yg mampu menari sambil mengangkat aku ketika majlis resepsi perkahwinan kami kelak..lantas atas faktor2 yg tidak dapat dihindari itu aku mula memandang player tanpa rupa lagi ..berat juga tanggungjawab ini.

selepas game world cup selesai ,aku tonton pula berlawanan diantara kelantan dan negeri 9.
oleh kerana aidil sudah berkahwin dan zakuan sudah berpunya,lalu aku beralih pada pemain kelantan.erm,byk pulak choice yg menarik.pada mulanya aku ingin meminati secara combo.tapi emak kate jgn tamak lalu aku aku mula membuwat survey.byk aspek yg terpaksa aku ambil kira bermula dari tona kulit..ketegapan dan bagaimana mereka mengawal rupa paras yg macho ketika di atas padang.

setelah membuat beberapa saringan,akhirnya aku memilih gol kiper kelantan iaitu khairul fahmi sebagai pemain pilihan majalah mangga utk tahun ini.

kegilaan aku ini terbawa-bawa sehingga ke perlawanan malaysia vs indonesia.kali ini aku menonton beramai2 bersama sanak saudara di sebuah kedai makan yg terletak di melaka.nadiah telah membuka pekung didadaku dgn memhebahkan cerita bhw aku meminati kiper malaysia itu berdasarkan faktor rupa semata .dah tuh xkan nak suruh aku minat sebab kuat pula,kalau mcmtue awal2 lagi watson yambek yg menjadi igauan.

setelah malaysia berjaya menewaskan indonesia 3-0 di stadium bukit jalil.
aku mula menonton perlawanan seterusnya yg diadakan di indonesia pula.letih aku menunggu bila lah agaknya malaysia ingin menjaringkan gol ini? pandang tv sampai naik kejang mata.

kiper malaysia itu begitu tangkas menangkap bola sampai tertonggeng-tonggeng atas padang.punya la huduh.tetapi oleh kerana kehandalan beliau yg tiada tolok bandingnya itu,kejelekan beliau aku maafkan.

selesai sahaja perlawanan tersebut,beliau sudah menjadi umpama satu fenomena pula.sana-sini heboh org bercerita.beliau juga mendapat rating tertinggi di twitter.di facebook pula hampir setiap saat memperkatakan tentang beliau..oke rakyat malaysia amat prihatin.

dalam diam aku mula meng google mengenai beliau.stalk pye stalk,aku jumpe blog awek dia.
dgn lafaz bismillahirohmanirrahim, aku mula membace.

tiba-tiba nadia bersuara.

" wahidah,fahmi dah ade girlfren doh! "

"tu ah,adek tgk bce blog awek dia lah nih."

nadia menjurus pandangan sinis

hoi,makan sorang nampak.. bukan nak cakap!!

eheh~

beberapa minit kemudian,along keluar dari bilik sambil memperbetulkan kain pelikat pink beliau lalu berkata..

" awak tau awek khairul fahmi ade blog?"

aku dgn nadia..

"woi...makan sorang!!!!!!"

punyelah letih aku nak melayan blog awek si kiper nih..habis setiap entry die update pasal boifren die saje.

well,teman lelaki gol keeper malaysia pulak..kau mampu?



********
baru-baru ini aku telah pergi bermandi manda di A famosa waterworld di melaka bersama saudara mara . bergerak bersama mereka, aku dapat rasa aura artis disekelilingku. silap -silap haribulan, self confident pun boleh jatuh tergolek-golek..masing-masing ade sunglasses beli kat uptown..aku?.sob-sob.

memandangkan aku kini sedang menuntut ilmu di Jamaica jadi aku buwat keputusan utk bercuti di Malacca.eh kau tgh try buwat lawak ye wahidah?

gay are allowed

*begitu gembira mereka membedal sandwish aku*
selepas.dah mcm mangsa keracunan makanan
terbaik yaw! ayuh kite spot jerawat tegar. terima kasih diucapkan kepada penaja kami iaitu cik norlia dan cik hayati.
*dan-dan cik pula sekarang*

ape sebenarnya insan ini sedang cuba lakukan????
kurang kesedaran sivik .pampers anak pon letak merata!
f
v
betis flawless yaw!
detik cemas dimana faiz menggunakan sepenuhnya bakat life guard yg terdapat dlm dirinya utk menaikkan nadiah ke atas pelampung.ada hati nak ajak aku pergi tempat dalam.katanya,apa kita nak beritau anak cucu kita nanti kalau waktu muda kita tak mandi kat tempat dalam!
what?

kau tgk 2 ekor tuh boleh main tinggal jer!!
inilah posisi yg nadia impikan.
wajah ibu-ibu yg mengabaikan anak2 nya.
apa cerita ibu dlm pelampung manakala anak2 terbiar di luar?
spot anything?
dasar hantu air.kolam hotel pon layan.
waktu ini aku sudah selamat berlabuh diatas katil.lantak org nak ckp mcm pari ka..ikan kap ka..
berbola di malacca
freelance utk cover CD newboyz
oh boi,i had enough~

Thursday, December 23, 2010

dimana sushi ku?

soalan 1:
apakah perkara paling menyakitkan di dunia ini?

jawapan:
tergigit lidah sendiri.

soalan 2:
apa perasaan anda ketika itu?

jawapan:
awesome aku habaq hang!

kejadian ini berlaku hampir seminggu yg lalu namun meninggalkan kesan yg begitu mendalam dalam diri ini .ketika itu,aku baru saja tersedar dari mimpi buruk.aku ingat ia hanya habis disitu..tiba-tiba di luar kesedaran,aku tergigit lidah.saat itu ,aku mula terkenang dosa-dosa silam yang mungkin masih lagi tak terampun.pendek kata,ini lah sejarah ulcer yang paling faktap aku pernah alami.

nak bersuara pon terpaksa pikir 3 4 kali .hendak berkomunikasi dgn emak tanye serbuk kopi letak kat mane pon kene berutus surat .tuh kalau ade khidmat kurier dah lame aku guna agaknya.kau jgn buat main ulcer nih..bisu aku dibuwatnya.betul tarak main-main punya.mmg suram rumah aku tanpa dihiasi dgn kelunakan suara aku yang setiap hari memeriahkan kawasan kejiranan.pak-pak arab sume mula bercerita dgn perubahan aku ini.

dari hari ke hari, ulcer aku berkembang dgn begitu mekar .oleh kerana tidak lagi mampu bertahan , aku terus mengadu di laman sosial fesbuk meminta nasihat pakar.pelbagai jenis petua di perturunkan ..dari petua tradisi seperti tabur garam sampai ke petua moden kontemperari seperti kumur listerine.

setelah hampir seharian memikirkan solusi terbaik..akhirnya aku membuat keputusan paling getir iaitu menaburkan garam di atas ulcer .semasa sesi ritual extrem ini hendak dijalankan ,aku begitu terharu kerana mempunyai famili yg tidak jemu memberi sokongan moral.adilah begitu sakan menawarkan diri menjadi cheerleader.mmg supportive yaw!

hendak dijadikan cerita,atas sebab-sebab private n confidential ,aku dikehendaki utk membelanja satu famili menjamu selera di luar.oleh kerana aku maseh lagi dibawah pengaruh drama picisan korea, seoul garden yg terletak di one utama,damansara menjadi destinasi pilihan.

pesona seorang penghidap ulcer
* muka bernafsu nadia mmg mengundang sengketa*


antara aksi2 gorgeous yang berjaya dirakamkan

akhirnya berjaya melalui saat2 sukar utk menghirup tomyam dikala mulut di hiasi setompok ulcer durjana.

**********
destinasi seterusnya , kami telah memilih alamanda pula sebagai lokasi pilihan.kali ini wang saku nadiah menjadi mangsa taruhan kerana beliau tlh mendapat dean's list sem terdahulu. alang-alang hendak menjadi pisau cukur,biar pilih tempat yg bagus-bagus sikit..since nandos is my favourite place..so..kehkehkeh~*eh-eh,sape yg DL nih?*




si gigi besi yang kaya raya..long live nadia..ho..ho..ho..merry chistmas*tiba-tiba*

its been 17 year 4 month 28 day and still counting..


************
oleh kerana along begitu bermurah hati ingin menabur duit makan meatballs di ikea jadi aku rasa amat sunat muaakad utk memuji beliau pada entry kali ini.walaupon ketika beliau tido persis paus berdarah panas yg terdampar dipesisir pantai tetapi beliau mempunyai perut yg begitu sasa hal ini kerana tubuh maskulin beliau telah dihiasi dgn double pack di bahagian tersebut.




nadiah makan mcm pengantin wa cakap lu.
oke.sushi aku jugak yg masih terkandas.tamat.

Monday, December 6, 2010

i'm korean~

didalam kesibukan rakan sebaya gigih mencari kerja sambilan pada musim cuti persekolahan ini,aku masih lagi terkandas di takuk yg lama.masih lagi memegang status anak dara sunti yg pemalas tapi mahir memasak.

pemalas aku nih dalam erti kata lain ialah pemalas mahu bangun tidur.cube kau bayangkan katil queen mak aku tuh amatlah selesa apatah lagi ditambah dgn toto yg empuk , kipas yang berhabuk dan air-cond yg sepoi-sepoi bahasa..peh,memang tak tergamak aku nak abaikan .maka tidurlah aku umpama bayi berusia 2 hari yg masih lagi berbedung.

tiba-tiba aku seakan terdengar-dengar suara2 haiwan liar terancam.. telinga yg capang tanpa dihiasi anting-anting mula memainkan peranan . external ear mula menangkap sound waves melalui pinna then pegi ear canal..cis,jgn sampai aku show off satu-satu pengetahuan science yg aku hafal!

detect punye detect sekali...

"Wwwwoi whyda bangun arr..ade org telefon tuh!!!!!"

pek.hampir-hampir aku terperosok bawah katil.suara yang mirip beruang kutub yg sedang berhibernasi itu rupe-rupenye dilah.

haih..beliau sengaja ingin mencari gara-gara dgn gua di siang hari.

jadi dgn separuh hati,aku mula bangkit menadah muka di ruang tamu lalu mencapai telefon.

"Yeoboseyo?"..eh,igtkan kat korea tadi.

"hello?"

teeeeeeeeeeet.oke aku panas! mane ade org call.

sejurus aku ingin menyambung tido,telefon berbunyi girang...cis cisdale!

aku igt ape yg penting sgt tadi!..nadia je call ajak jadi kutu rayau di kota metropolitan.namun sebagai adik yg anti social , aku menolak setelah puas menyelow talk.

selesai saja sesi slow/fast talk dgn nadia melalui talian jalur lebar,aku sambung semula tidur yg terbengkalai tadi..kali ini bilik nadia menjadi tempat R&R. sempat juga 3 ke 4 rakaat aku lelap.lalu aku bangun apabila along pulang dari membeli goreng pisang di gerai pakcik yg belagak goreng pisang die PM pon makan*adjective tanak panjang pulak*.

bangun-bangun terus mengadap pisang panas...colgate dgn berus gigi bukan lagi menjadi subject utama.apabila sudah enak2 bersantai minum petang,mula lah Puan norlia start bukak cerita zaman beliau masih lagi bergelar remaja yg naive.emak kalau bercerita,hikayat zaman perang dunia kedua pon habis di covered nye.otak aku yg sememangnya sudah sedia padat dgn 'general knowledge' ini,makin mampat jadinya.

daripada cerita zaman makan air batu kepal sampai ke zaman beliau kumpul duit 50 sen beli mainan.habis sume aku dengar dgn penuh perhatian.karang kalau tak dgr mak aku anta video2 emo kat facebook aku, payah!

mak aku cerita zaman dulu2 ade nenek2 sedare die kawen dgn abg ipar sbb isteri die meninggal.pastu ade yg suami meninggal la..campur tolak mcm tuh laa lebih kurang ceritanya.

pastu mak tye aku mende tuh org panggil 'ganti tikar' ke?
aku cakap tak..tuh org panggil 'gulung tikar'.
suasana blur seketika..gulung tikar bukan membawa maksud muflis ker?

ahh,mak suke buwat aku depress dgn simpulan bahasa yg boleh menyimpul otak aku.

aku tanye"dorang tak kisah ke kahwen macam tuh?"

"org dulu-dulu hidup susah so tolong2 lah.masing2 ade anak kire mcm saling menjaga kebajikan". macam tuh lah lebih kurang mak aku cakap.

"kirenye dorang tak bercintalah! woh, kalau adek x boleh xde cinta nih !" tukas aku penuh emosi.

"ah,awak tuh byk tgk citer korea!" peh, kene sepam dari along.

ehehh..malu saya.

selain tidur, melakukan maraton movie korea juga antara routine saya sejak akhir-akhir ini.
siap ade pelakon favourite lagi..

oke.gila creepy aku nih.

baiklah aku akhiri esei ini dgn dua rangkap video yg merupakan movie dan videoclip korea kegemaran pada segmen ini dan di dgr ulang2 di laptop tanpa rase jengkel .

selamat tahun baru islam semua.



Thursday, October 21, 2010

ragam manusia

.halo..sound check..sound check.

sedar tak sedar aku sudah hampir menghampiri cuti semester bukan.
perasaan?..sumpah mcm nak buwat mini konsert sekarang !!

segale pahit jerih kekusutan utk menyiapkan esaimen akhirnya setel sudah..syukur..moh le kiter berkenduri~

sepanjang aku bergelar siswi*sejak due menjak nih intelek je ayat*,aku rase sem tiga nih laa tahap mega giga byte punya busy.dgn presentation,esaimen,interview,event*mcm aku jadi crew pulak*...whatttttt?..gila menggelabah..btw,xde arr busy seperti yg digembar gemburkan pon. cume bile keje asyik kene reject dgn last minute buwat keje disatukan..kombinasi nya tidak begitu menarik.
tapi aku tak kisah as long aku boleh balik ke pangkuan keluarga pada hujung minggu..kalau aku x balik,entah ape jadi dah umah tuh..karam dilautan madu la jawabnye .

tapi lecturer aku utk sem nih mmg agak strict..semua mende nak details..dgn aku-aku sekali terpakse mendetails kan diri..setiap kali nak contact die...kene sebut name penuh, num matrik and part bape.eh, bukan mmg mcm tuh ker procedure nye?ahh,aku mmg suke buwat emo.

seperti yg anda semua sedia maklum,aku penah mengadu domba yg aku pye report kene reject sebanyak 7 kali ..so secare totalnya.. record yg berjaya aku genggam ialah sebanyak reject 8 kali..waktu die dah boleh terima report buwat sekian kalinya,aku rase level kegembiraan die mcm bru dapat cucu sulung .sepanjang nak balik kolej..menyengih je ..sampai minah-minah jalan sebelah aku jeling satu mcm..mesti dorang cakap..

minah satu: "sayang,muke cantik gila,tapi x betul"
minah dua: "xpe,manusia tiada yg sempurna"

oh ya,berbalik pade isu semua mende nak details.lecturer aku mintak aku carik sources pasal research yg aku buwat..aku dgn inesen nya bertanya..nak carik kat mane?

madam pandang aku:"u tahu tak kat sini ade library..u carik kat sane laaa!"

kelepek!!!!!!*sedas aku kene*

oke takpe.jgn tensi-tensi.

aku pon mula mengorak langkah menuju ke destinasi yg tak pasti.
aku kene pergi mane tadi?utk bertanya,aku takut madam lancarkan peluru berpandu pula.
oh library Uitm.

masuk-masuk libary,aku terus menuju ke kaunter,dengan penuh berhemah aku bertanya...

"pakcik nak carik buku psl (name buku) kat mane?"

pakcik tuh pon check laa kat screen komputer.dlm mase die nak check tuh,keluar laa satu makcik gempal nih..muke stok nak mintak pelempang.bapak annoying mcm astrafirullahhazimmmm.

aku pon tunggu diam-diam.aku tak kacau pon makcik tuh.diam jer.senyap sorang-sorang...di ulangi.aku tak kacau die langsung!!

tiba-tiba,makcik tuh tye aku..: "part bape nih?"

dgn senyuman semanis madu aku membalas:"part 3"

dgn nada sarcastiknya" pemalasnya,kenapa tak gune opac(merujuk kepada sistem komputer utk carik maklumat) nak carik bahan..semua nak kene suap budak-budak sekarang!..kalau baru part 1 tuh xpe jugak..nih mesti jarang masuk library nih!"

woh wohhhhh!!!!tersekat terus air liur aku.

"oh..saye tak reti gune opac plus saye nak cepat nih"

eleh.makcik nih..pakcik tuh x bising..die pulak lebeh2.

perempuan mmg emosional!

second time aku pegi...

kali nih makcik tuh yg jage,aku dah berkira-kira nak gune opac..tapi MALAS!
so aku pegi je kaunter.

aku mintak die carik satu buku nih.

then die tye "part bape nih?"
dulu waktu sekolah,cikgu die ajar perkataan 'PART ' je kot.

" part 1....".

so xde dah slot ceramah x berbayar bersama makcik library.



oke,seronok pulak dapat kutuk die~