Monday, September 13, 2010

eid.

yo.assalamualaikum.salam satu malaysia.selamat hari raya bagi seluruh umat islam..bagaimana hari raya kalian.seronok?ahh..sudah pasti la x seronok kalau aku xde bukan?

di kesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf pade rakan taulan yg gigih sent mesej wish raya dan akhirnya mengeluh hampa apabila aku tidak membalasnya..hpon aku kehabisan bateri kerana aku lalai utk mengecas nya.. aku nih begitu terkenal dgn sifat kedekut dlm hal yg melibatkan penambahan kredit hpon.
jadi apabila aku mula membuka henset..ya tuhan ku!mesej menderu-deru masuk dgn ayat2 raya yg di forward..hell..aku dapat byk mesej yg sama..dimana letak duduknya kreativiti anda?tapi xpe..yang penting hati*tetibe*
jadi untuk mengelakkan mesej2 yg menyemak di inbox..aku buang la sikit..tpi kalau dari jejaka2 kacak akan aku simpan.ahah~

well,bila sebut pasal raya..pasti akan ade rumah terbuka bukan?..rumah terbuka sana sini..tetapi hingga kini satu rumah terbuka pon x dibukak lagi..aku masih menanti dgn penuh kesabaran.baru2 ini emak ade kate,rumah rakan lamenye ade open house,aku pon macam malas nak ikut tapi bila mak cakap anak laki die baru balik dari uk ade..wah..esaited satu macam ..aku bergegas nak bersiap makeup2,tapi sekali lagi hampa apabila mak x jadi nak pegi, beliau begitu bimbang akan gelagat anak dara nya ini..sighhh~

bila bercerita pasal raya,aku paling berat bab bersalam pagi2 raya..padahal itulah sebabnya ade hari raya..nak bermaaf maafan sesama kita..amik kau ayat aku.

tapi part nih mmg boleh buwat aku didatangi peluh dingin.waktu tuh memang aku ke hulu ke hilir bela2 tudung kat cermin pikir nak cakap ape nih?pendek kate mcm kucing hilang anak ..nak minta maaf kekadang rase mcm nak jawab exam paper pon ye!..biler aku lupa ape nak cakap, aku jeling2 mata sambil pasang telinga mende kazen aku gebang mintak maaf dgn niat nak copipes ayat tapi duh die bantai menangis pulak..i was like..err..aku kene ikut nangis same ker?..jadi aku pon mempraktikkan balik ayat2 kiasan yg aku dah belajar waktu zaman bersekolahan..sebagai insan yg selalu rapuh dalam langkah*lirik lagu*..tapi oleh kerana aku insan yg x berdosa jadi lancar saja sesi salam2 itu tadi ..teehee~
raye pertama kitorang ikut tema iaitu pink..paez n along buwat muka stress bile kene pakai wane pink..die tye sape yg bangang sgt suh pakai kaler nih??..aku lantas mengambing hitamkan nadia..ehe,padahal aku yg suruh..keh keh..comey ape laki pakai kaler pink..sgt gagah maa!
utk tahun ini,aku raye kat klang n kuantan..sgt best dan kematu punggung duduk dlm kereta.peh,belum masuk lagi part kete kene langgar dgn anjing sesat kat highway..suweyy~

oh ya. emak ade cakap kalau aku nak tulis blog tolong jgn panjang2 sebab beliau stress nak baca .cis!kasar bunyi nya.jadi sebagai anak yg patuh.aku letak gambar saja.*sila kelik utk tumbesaran*







selamat hari raya..aku xnak mintak maaf da sbb aku akan tetap buwat salah..ahah~

Saturday, August 21, 2010

kesat air mata anda~

demmit..

air mata menitik.

sumpah aku nak bela singa lepas nih!


Friday, August 20, 2010

kodak

assalamualaikum warga kota.bagaimana dgn hari-hari anda?adakah berjalan dgn lancar ataupun terpaksa bangun awal kerana mempunyai kelas ganti utk cuti raya yg bakal menjelma di lama lagi?jika ada,pasti ketika bersahur tadi anda berniat puasa yg diiringi makian kecil.kalian ni semangat bangun sahur.. tapi belum pon melepasi waktu lunch..masing2 sudah mcm mangsa perang bosnia menggigil kelaparan.

jika anda merupakan researcher aku yg psycho..pasti anda sudah sedia maklum bahawa sudah 3 semester aku bertapa di melaka.tetapi semester ini merupakan semester yg begitu mencabar credibility aku sebagai seorang pelajar yg begitu menitikkan waktu2 akhir utk submit esaimen.semakin dekat date of submission..semakin cergas aku mencari bahan esaimen*hipotesis*
tetapi mungkin kalian tidak tahu..waktu mula-mula bukak sem 3 aritu,aku sudah berjanji dalam hati*beriya*bhw sem ini aku hendak menjadi pelajar yg awal minit.lantas,apabila lecturer mula memberi longgokan esaimen..aku sudah mula buwat dgn penuh istiqamah .tetapi adakah anda percaya jika aku katakan yg sehingga kini lecturer masih lagi mereject outline aku.dan buwat pertama kali nya aku direject sebanyak enam kali..fuh!walaupon angka nya tidaklah begitu menggerunkan ..tetapi sudah berpuluh syiling aku taburkan utk print esaimen siap print colour lagi kononnya utk mengaburi mata pensyarah..itu belum kira lagi berapa kilo peluh aku habis kerana terpaksa menapak keluar masuk library meminjam bukan yg xde kene mengena langsung dgn bahan kajian*eceh..dah mcm buwat thesis dah aku nih*tetapi malangnya pengorbanan aku gagal.pekerja kat kedai print pun naik jelek melihat wajah aku yg sering minta diskaun ini.tetapi semuanya sia-sia.umpama menyiram air ke daun keladi*cmon arr..jgn sampai aku beri peribahasa lain lagi*

kerana tidak tahan..salah seorang dari rakan aku akhirnya tumpas..bertali tali air mata mengalir di pipi ..nak hantar esaimen pon boleh sebegitu sayu pada beliau kerana hasil kerja di kritik tanpa belas.dari situ,akhirnya aku membuat kesimpulan bhw beliau mesti tidak pernah mempunyai record di reject oleh mana-mana insan yg bernama lelaki ataupon mungkin tidak pernah langsung mempunyai pengalaman bercinta..segmen percintaan pula aku selit sekali dgn esaimen.

walaupon waktu -waktu sukar masih belum berakhir..terselit juga saat-saat yg membuwatkan aku lalai lantas mengabaikan esaimen yg direject itu.

pada sem ini aku mempunyai subjek kegemaran iaitu subjek photo.

baru-baru ini kami telah mengikuti camp yg di kenali sebagai photocamp.

oleh kerana terlampau esaited..akhir aku lupa utk mengecas bateri camera..gambar utk waktu mlm tidak berjaya aku tangkap lalu meranapkan impian aku utk menggilap bakat dgn teknik 'bulb'. .selebihnya aku terpaksa merempat di kamera org lain.

pada petang itu..kami dikehendaki snap gambar matahari terbenam..sunset scenery namanya..tetapi mungkin sun happy sahaja..so no sun 'sad' pade petang itu.

kami kalau dah diberi kamera..memang jakun...tambah-tambah sejak dah handal gune self-timer ini.






mister fazlul entah dari celah mane muncul..tibe-tibe tolak aku..peh!
eh,dalam syok-syok bergambar..rupa-rupa ade insan lain rakam aksi kami..alah petto..kaw kalau admire aku cakap laa der..x perlu laa nak amik gambar curi!

p/s:sir kacak dah byk kali kenselkan klass sbb sakit..sob.sob.sob..da rindu nih.

salam ramadhan.

Thursday, August 12, 2010

renung-renungkan.

aku dapat video nih dari emak aku melalui laman sosial facebook..eh eh,puan norlia nih sejak dua menjak nih gemar pula forward video kat saye..ahah~

so tadi aku tergerak nak bukak video tuh..

sgt terharu dan air hingus pon mengalir tanpa henti.



p/s: sebab tuh laa adek gemar balik rumah..sebab nak jage mak*alasan*

Wednesday, August 11, 2010

yusof taiyoob~

"nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa "


selamat menyambut bulan ramadhan..

nasihat ringkas tapi padat dari saya,

puasa jangan tak puasa!

*sori,tiada entry buwat mase ini, aku lemas dibanjiri lambakan esaimen yg berebut mendatangi.*



Saturday, July 10, 2010

warkah ulang tahun

tarikh: 11 julai 2010*tarikh barangkali tidak sama seperti yang telah di setting di blog*
lokasi: bilik usang dipenuhi sawang

dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari jadi yg ke-19 buwat afiq rifhan bin ramli atau name manjanya dikalangan warga bangi ialah a'an dan a'ah*lawak expired*

beliau amat bernasib malang kerana mempunyai kenalan comey seperti aku yg seringkali gagal memberi besday present hatta sebiji sugus .hal ini kerana, aku kini sedang menghadapi krisis kewangan yg sudah mencapai tahap membimbangkan.
bagi mengawal bajet bulanan,aku telah memikirkan alternatif lain utk mengelakkan mista rifhan berkecil hati lalu tidak ingin belanja aku nandos yg baru saja membuka francais BARUNYA di kkb lagi. alternatif lain yang diambil hanya lah menghasilkan warkah berunsurkan fitnah ini.

afiq rifhan, cuba anda bayangkan sejenak jika rayuan anda untuk menukar uitm dulu tidak diendahkan, sudah pasti di kala ini anda berada di uitm arau sedang berlinangan air mata menyambut kejutan hari lahir sendirian tanpa ditemani rakan sepeleseran dan insan yang hot seperti saya.dan cuba anda bayangkan lagi jika anda tidak sewenang wenangnye mereject interview medic di indon.sudah pasti ketika ini anda sedang mempersiapkan diri dengan bahasa indon dan malam malam anda bermimpikan bunga citra lestari dan luna maya.tapi semua itu kini telah pon menjadi kenangan.kini afiq telah selamat berada di uitm shah alam ber roomate kan kamcing2 beliau di mrsm kkb dulu.elok sangat la tu.tiap tiap malam la ber boys talk eh.talk talk jugak study jangan lupa*ayat bajet bagus*.eh untuk makluman anda saya da kurang baca novel tau.*tiba2*.

Sempena ulang tahun anda yang ke-19 ini, izinkan saya mengeji anda sedikit. untuk pengetahuan kalian, suatu ketika dahulu afiq pernah memaklumkan kat aku bahawasanya beliau lahir semasa dato' mokhtar dahari meninggal dunia. eh korang tau tak siapa dato' mokhtar dahari nih??? beliau merupakan lagenda bola sepak malaysia.oke sambung balik cerita tadi.kerana terlalu obses pada sukan bola sepak afiq telah mengencing/menggebang/mempersendakan aku dengan mengatakan bahawa kelahiran nya boleh diibaratkan kelahiran semula arwah mokhtar dahari.perasan mokhtar dahari junior ar nih.cis kek btol!!

afiq, apakah yang anda mahu di hari jadi yang ke 19 nih?? Harga hadiah wajiblah bawah rm10 kerana dikhuatiri beliau meracau racau memaksa aku menghadiahkan jersi ataupun kasut bola. Adakah mengenali saya yang hot ini telah pon anda anggap seperti hadiah yang tidak ternilai?? wahh.nampak sangat saya seakan akan mengelak dari memberi hadiah.busuk sungguh hati saya.usahlah anda gelisah saya akan berusaha mencari hadiah yang meaningful seperti yang saya dapat dulu kala.

oke, sebelum saya mengakhiri warkah ini, izinkan sekali lagi saya memberi sedikit kata kata berberbentuk amaran*besday boi pon kene amaran*.selepas saya msg nombor baru saya esok.sila jangan gedik gedik msg pukol 2,3 pagi k.hal ini membuatkan saya terjaga dari tidur dan sukar untuk lelap kembali dan cenderung untuk melihat ke luar jendela seterusnya membayangkan makhluk2 ghaib. secara tidak langsung, dalam keadaan separa sedar saya akan memaki maki di dalam hati individu tersebot*afiq rifhan bukan nama sebenar*.

hepi besday afiq!!!
tahukah anda afiq rifhan begitu feeling ketika menyanyi???

Thursday, June 24, 2010

hari keputerian

Wajah bufdae girl di ulang tahun nya yg ke-23.disambut bersame tetttttttttttt!!!(SOALAN: afiq rifhan dimanakah anda pada petang 24/6/10??Jika anda di sekitar Alamanda,anda berpeluang la melihat nadia bersama kelibat pujaan hati beliau.!@#$%^&.


selamat ulang tahun ke-23,
may incik A be yours forever
may both of you happily ever after...soooo fairy tales.
may Allah bless both of u
may incik A is da right one n dearest future hubby.sila muntah bertalu talu.
may he can be ur Mc Gyver(nadia nk hubby dia yang berkemampuan mengangkat tong gas,boleh repair tv,bleh tukar paip air bila tersumbat.nk gagah je.imaginasi2.
may june july august september october november december~luv stori never end!@#$%^&